Due 22/07/2023, Elective Czer 14/07/2023

Salam mommies. Just nak sharing perjalanan pregnancy saya dengan mommies semua. Saya punya due sepatutnya 22/07/2023 (40 weeks), tapi sebabkan saya ni IVF pregnancy, doctor suruh elective czer pada 14/07/2023. Sepanjang pregnancy sampai la ke harini (03/07/2023), berat saya cuma naik sebanyak 8kg sahaja. Tapi....... Berat baby boleh tahan jugak naik mendadak sejak masuk 3rd trimester ni. Saya takde GDM or anything else. Alhamdulillah. Pagi tadi saya pergi last checkup dengan doctor saya sebelum nak bersalin next week (yang sepatutnya 14/07 ni). Bila lepas scan, doctor cakap berat baby dah reached 3.8kg harini. Harini saya 37w4d. So, doctor tukar plan. Dia kata saya kena czer this Friday, 07/07/2023 (38w). Sebab dia pun takut baby nanti overweight or baby nak keluar sendiri sebelum date czer. Doctor cepatkan seminggu. Kalau emergency czer nanti costly kan. Alhamdulillah so far saya memang takde tanda-tanda nak bersalin lagi. Tapi tak tau lah kot ada tanda tapi saya yang tak tau beza. Ni first pregnancy. Banyak yang saya tak tahu. Doakan semoga saya selamat bersalin nanti ya. Nervous sangat ni. #firsttimemom #firstmom #firstbaby

Due 22/07/2023, Elective Czer 14/07/2023
6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Alhamdulillah syukur. Saya selamat bersalin 8 bulan yang lepas, pada 07/07/2023. Lupa nak update dekat sini. Hehehe. Lepas bersalin, saya tumpah darah. Elective Czer, tapi baby kena tarik keluar dengan forceps sebab dia melekat dalam rahim saya. Masa czer baru doctor nampak, saya ada endo stage 4. Maybe sebab tu jugak jadi tumpah darah lepas 2 jam czer sampai saya dimasukkan dalam HDU (Unit Separa Kritikal).

Baca lagi
Post reply image
6mo ago

Saya beli dari Baby Snuggler. Instagram @babysnuggler Tapi nampak macam diorang dah tak active. Tak tau la. Try lah contact. Memang elok, sampai sekarang anak saya pakai lagi. Dah nak setahun umur anak saya.

I pun elective czer jgk. Due 19/7.. hari ni dah warded esok czer. 37 week 6 days now. Tak rasa takut or nervous.. a bit excited insyaallah esok boleh jumpa baby🥰 semoga sis selamat bersalin

1y ago

Wahhhh. Bestnyaaaaaa. Semoga dipermudah urusan bersalin awak tau. Saya pulak tak boleh hilang nervous ni. Hehe.

semoga semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan sis ya. tak sabar nak bau baby. 👶

1y ago

Okkkkk 🤗

InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan sis. Sihat ibu dan baby

Moga Allah permudahkan urusan sis 🌹

semoga baik2 saja sepanjang proses