Suami tidak membantu

Salam mommies hebat semua. Nak tanya, mcm mana mummy manage masa ya? Saya ni walaupun suami ada, tapi rasa mcm pjj plak. Semua kita yang kena buat Suami cuma lepak baring2 dpn tv smbil tgk tepon. Sejak baby dah boleh makan ni, makin bertambah penatnye. Mmg semua urusan baby dari a-z saya yang uruskan. Lps tu rumah lagi dan mkn pakai suami. Korang semua buat mcm mana ya? Saya hari2 menangis sebab penatttt sngt. ⚫ Suami mmg tak sedia ada anak. Masa tahu saya pregnant dulu, dia suruh saya gugurkan. Jadinya kalau saya nak discuss, mengadu atau luahkan, ayat dia "itu la, org ada anak, awk pun nak ada anak jugak".

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya dan suami pjj. Lain daerah je so hari minggu kami serumah la. Seminggu sekali saya pulang bawa bayi. Suami mmg tak urus bayi sangat walaupun serumah dengan bayi. Dia kerja petang. Pagi dia tidur. Balik tengah malam, hadap laptop main game sampai 3-4 pagi. Time tu saya je la terkial-kial separuh sedar tukar pampers. Dia sibuk dengan "mengantuknya". Saya malas layan. Tapi saya nekad takkan tambah baby buat masa sekarang. Tengok cara dia memang dia takkan boleh jaga 2 anak. Ni cara saya sebagai ibu yang 90% urus bayi. - Kemas rumah? Apa tu. Saya biarkan saja rumah bersepah sebab bukan saya yang sepahkan. Suami nak bebel ke apa saya buat tak tahu je. Haha. - Laundry? Biar sampai suami cakap takde baju nak pakai baru saya basuh. Sejak tu suami basuhkan kalau bakul penuh. - Sapu lantai? Biar suami duduk dalam keadaan tak selesa baru saya sapu. - Gelas bersepah? Saya biarkan sahaja asalkan tu bukan gelas yang saya guna. Mengemas ni teamwork. Kalau masing2 pandai buat sepah tapi tak pandai kemas, rumah tu macam tongkang pecah jugak. Bila saya buat macam tu, less stress kalau bab urus rumah. Saya tak suka suruh2 husband. Husband pulak pesen kena disuruh. Kalau saya bebel, dia menjawab "lah suruh je la" Kita ni bini bang bukan boleh suruh2 suami macam orang gaji. Dionyo tak faham.

Baca lagi
2y ago

Masalahnya sis, saya tak boleh tgk rmh bersepah. Lagi bertambah2 stress. Huuu