Suami tidak membantu

Salam mommies hebat semua. Nak tanya, mcm mana mummy manage masa ya? Saya ni walaupun suami ada, tapi rasa mcm pjj plak. Semua kita yang kena buat Suami cuma lepak baring2 dpn tv smbil tgk tepon. Sejak baby dah boleh makan ni, makin bertambah penatnye. Mmg semua urusan baby dari a-z saya yang uruskan. Lps tu rumah lagi dan mkn pakai suami. Korang semua buat mcm mana ya? Saya hari2 menangis sebab penatttt sngt. ⚫ Suami mmg tak sedia ada anak. Masa tahu saya pregnant dulu, dia suruh saya gugurkan. Jadinya kalau saya nak discuss, mengadu atau luahkan, ayat dia "itu la, org ada anak, awk pun nak ada anak jugak".

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

1. Tidur bila baby tidur. 2. Kurangkan kekerapan mengemas rumah. Dalam satu hari tu limit kepada sekali je kemas rumah. Saya pilih waktu malam. 3. Setiap kali tinggalkan sesuatu ruang dirumah, perhatikan barang apa yang boleh bawa sekali ke ruangan lain. Contohnya dari ruang tamu ke dapur: ada cawan, sampah sila bawa sekali. Jangan biar tangan kosong. 4. Basuh baju 2-3 hari sekali. 5. Masak untuk tengahari dan makan malam sekaligus. 6. Declutter rumah. Pilih satu masa yang awak boleh kemas bersih2 satu ruangan dalam rumah. Contohnya bilik tidur: biar ada barang yang perlu je dalam tu, yang lain2 awak kemas dan simpan/buang/sedekah/jual. 7. Ajak suami makan kat luar, "abang, jom makan kat luar. Saya penat". 8. Suruh suami kemas ruangan luar rumah, buang sampah. 9. Amal zikir fatimah. Tapiiii..ada masa kita dah burnout kan? Ha, masa tu memang buat apa yang larat jelah. Jangan push badan sampai jatuh sakit.

Baca lagi
Post reply image