Ibu bekerja & suri rumah

Salam ibu” .. saya baru bersalin bulan 4 haritu . Sekarang terasa nak bekerja balik sbb ekonomi agak keras.. harga brg semua naik n banyak nak pakai modal.. kesian kalau nak harapkan suami sorang. Tapi berat hati nak cari pengasuh dekat tempat orang ni.. saya tak kenal sesiapa n pernah mencari dkt grup fb .. kalau boleh nak kerja yang cuti 2 hari tapi kebanyakn dekat sini kerja cuti sehari .. hahaa jgn marah sy bukan memilih tp sy nak ada masa byk sikit dgn anak .. ibu” semua bekerja mcm mne ye nak pilih pengasuh yg ok.. saya nak je jd suri rumah tapi asek makan hati bila ada yg tanya laki knp bini x keje sdgkan kewangan kiteorg tgh teruk..n kalau ada orang kluang kat sini boleh tolong saya x ? 🥲 ##firstbaby #firstmom #pleasehelp

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya cadang puan cari pekerjaan yg boleh ada byk masa dgn anak. Contohnya jadi agent product2 mcm Mary Kay ke, tudung ke apa2 la.. atau jd agent Insuran ke.. kalau nk kerja lah. Actually sy pun surirumah. Sy pun lalui benda yg sama. People gonna say anything they want seriously tp hah ada aku peduli? why bother? knp mesti amik kata2 org put in our account? kita punya keputusan, kita punya situasi dan kebahagiaan itu kita yg tentukan. Percayalah kalau awk bekerja pun still org akan mengata sbb kita xkn dpt puaskan hati semua org. Kebahagiaan itu atas pilihan kita sendiri. Sy dh berhenti bekerja sbb nk jaga anak sendiri. kedua, sbb suami sy org bisnes. walaupun sekarang masih tgh susah blm berjaya, tp kami sabar dan sy sgt yakin dgn suami. Sy juga x stress deal dgn org luar. Sy lebih suka hidup sendiri dlm rumah dan dikelilingi family2 tersyg. Sy bahagia dgn cara2 sy walaupun ada kurang duit sana sini xdpt pi jln, xdpt mkn sedap2, xde duit nafkah tp sy terima sbb sy yg memilih keputusan ini. Asalkan benda wajib disediakan bagiku sudah memadai. Dan asalkan tanggungjawab sy sbg isteri dan ibu yg wajib tu dulu sy utamakan terlaksana dgn sempurna. Ni pendapat saya lah

Baca lagi

Lg byk hari awak kerja lg byk lah awak dpt gaji kan... Sebenarnye boleh je cari keje yg 5 hari, ada je, tp terpulang lah pada awak nk keje yg mana 1. Dan lg 1, sebenarnye, lg byk gaji awak dan husband dpt, lg byk komitmen @ duit keluar.. Hehehe. Itu sy lah. X tau org lain mcm mana. Tp x apa as long awak dan husband tau mcm mana nk manage duit gaji okay lah. Jgn makan hati dgn pertanyaan org sekeliling. Niat sahaja nk bantu economy keluarga kecil awak. Nnt anak membesar, dah pergi sekolah, lg guna duit byk. Awak dan suami ada kenalan rapat di sana? Kalau ada cuba antar dkt mana2 kenalan dahulu. At least boleh rasa lega sbb awak kenal org tu. Kalau x kenal siapa2, boleh tanya jiran sekeliling. Hantar anak seminggu awal sebelum awak betul2 masuk keje. As the time goes, awak pun dah terbiasa nnt. Sy doakan urusan awak dipermudahkan.

Baca lagi
10mo ago

yeszaa itu yg suami sy selalu sebut, dedua keja, byk lgi kos, tetap ada masalah

guys boleh tak jangan cadangkan surirumah yg cakap nak bekerja luar ni suruh dia meniaga on9 la jual kuih lah nasi lemak lah. kalau surirumah tu nak meniaga dah lama dia meniaga. tapi dia tak nak sbb dia takde minat ke arah meniaga tu. minat dia cuma keluar bekerja. kita nak kerja ni kena minat bukan sukahati je kerja apa pun. kalau takde minat nanti kerja pun lebih kurang je buat. nak meniaga pun kena modal, masalah nya modal pun tak ade. sama lah situation kita sis. teringin nak keluar bekerja, tapi susah nak cari pengasuh, nak cari pengasuh pun keluar duit jugak utk 3 org anak. duduk pulak kat tempat org negeri lain jauh dari keluarga. tak kenal sape2 kat sini.

Baca lagi
10mo ago

betul. benci erk bila org suruh niaga on9 lah apa lah. dah kita tak minat jangan paksa kan

klau ikutkan bila dua2 bekerja komitmen lagi bertambah sebenarnya.. klau awk jenis boleh handle kerenah baby or kanak2 maybe boleh ambik upah mengasuh, xpayah ambik rmai pun,cukup sorang sudah. keje yg paling byk cuti rasanya kerja kilang. ada setengah 4 hari keje 3 hari cuti, ada yg 5h keje 2h cuti.. klau kerja biasa ni susah nak jumpa byk cuti. tambah lagi zaman sekarang majikan cukup anti dgn wanita berkahwin+ ada anak 😂😂😂 or boleh cari part time je..fast food selalu la open for part time, dekat hotel bahagian waiters pun kdang ada jugak..

Baca lagi

masa awal2 nk hntr anak2 dkt pengasuh sy ada satu perasan trauma. walaupon xkena kt sy tp sy still takut. bila dgr pasal baby dkt tmpt pengasuh. mcm sy 1st baby dulu mak jaga jadi masa tu mcm relax sikit. masa 2nd baby mak dh xlrt nak xnk sy kena hntr pengasuh. mcm sy, sy dpt pengasuh rekemen dr rakan yg htr anak dia dkt situ. sebelom hntr sy ada jumpa pengasuh. smbg2 dgn dia. seminggu sebelom kerja sy hntr percubaan. utk tengok keadaan anak mcm mana. alhamdulillah anak serasi. pengasuh pon baik sgt.

Baca lagi

Puan dah try meniaga? Buah kuih or makanan simple2. Hantar ke kedai makan or kedai2 lain. Boleh juga meniaga secara online. Meniaga depan rumah ke. Insya Allah puan boleh ada masa dgn anak. Perlukan modal dulu la sekarang. Nak hantar ke pengasuh perlukan modal juga. Bincang dgn suami. Buat perancangan kewangan. Mana2 yg boleh drop, kurangkan. Atau cara lain boleh buat delivery courier barang. Deliver makanan etc. semoga dimudahkan urusan puan dan keluarga

Baca lagi

saya suri rumah , saya selalu juga kena dgn org sekeliling, siap suggest lagi itu ini. duk cakap sayang belajar tinggi tapi tak guna, tapi terpaksa tahan juga, tambah sblm ni da discuss dgn husband nak jaga sendiri anak, n then terfikir nak buat business online or niaga apa ke, janji wfh. so far tak buat lagi sbb anak pun dlm fasa anxienty separation. tapi mmg planning mcm tuh la.

Baca lagi
10mo ago

tuh la, depan kita mengata lagi, bila menjawab kena balik. 😌 .

saya pun nanti bercadang nak kerja lepas pantang , but kalau boleh cari pengasuh yang sedara mara or yang dekat , zaman skrg we cant trust outsider , bukan nak buruk sangka ke apa tapi at least hati kita lega sbb anak di tangan org yang dekat and percaya , and cari kerja office hour je ibu , cari kerja kerani or apa ii yang office hour

Baca lagi

cbe cri pngasuh dkt area rumah awak.. sblum konfirm nk hantar tu, peg rumah dia dlu, sembang2 smbil tgk keadaan rumah pngasuh.. konfirmkn klu kerja lebih masa kne charge tak? sminggu berapa kali bley hantar?( sbb ade yg sbtu ahad cuti tp yg nie depends on budi bicara pngasuh).. harap urusan awak dpermudahkan..

Baca lagi

Bila tinggi gaji, komitmen pun tinggi. Tu saya nampak la biasanya. saya juga housewife & memahami bab bab economy. Saya pekakkan tlinga kalau belah kluarga suami tanya pasal kerja. Apa apa pun, Goodluck sis. smoga jumpa kerja yg sesuai 😊