Tips sebelum minum air gula
Salam dan selamat petang .. Boleh tak kongsi tips sebelum pergi minum air gula apa yg korang buat supaya x lekat .. Harap semua hokey nnti.. ☺️ tenggah hitung hr nak kene p mnm air gulaa . Tmpat sy x boleh bawak air gula berisa sndri .

Tips minum air gula: 1. Awak perlu berpuasa dari jam 10 malam hingga paginya. Hanya dibenarkan minum air masak sahaja. Ibu dinasihatkan kawal pengambilan gula, karbo. Supaya tahap gula rendah jadi tak sangkut GDM. Ibu juga dinasihatkan banyak minum air masak agar gula dlm darah stable. 2. Awak perlu dtg ke KK awal pagi. Sebab kalau dtg awal pagi, biasanya air gula tu baru je dibancuh. Jadi masih suam² dan mudah untuk ditelan dan rasa gula tak terlampau mengganggu tekak. 3. Tarik nafas dalam-dalam, fikiran mesti positif jangan fikir akan muntah. Fikir awak tengah haus jadi minum laju. Macam awak haus. 4. Lepas je minum air gula, cepat2 kumur mulut supaya rasa pekat air gula tu tak ganggu lidah dan buatkan rasa loya. 5. Rehatkan diri daripada buat apa² atau berpeluh. Sebab pergerakan badan juga boleh mempengaruhi bacaan pada darah kedua yang diambil setelah tunggu 2 jam. Ni nurse KK sy bagi tips. Kalau nak balik rumah dalam masa menunggu 2 jam tu, baring je jangan buat apa-apa. 5. Jangan lupa bawa minyak angin. Sebab minyak angin ni membantu kawal rasa loya.
Baca lagi



