Anak belum pandai cakap

Salam ada tak petua supaya anak cepat bercakap umur anak 2tahun 11bulan masih tak pndai ckp lagiq

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

1. limitkan screen time/gadjet. kena tengok bersama anak & sambil2 tu tanya anak dia tengah tengok apa, orang tu buat apa etc. jangan biar anak tengok sorang2 atau stopkan terus screen time buat sementara waktu. 2. banyakkan aktiviti bersembang dgn anak. cth: tanya anak papa pergi mana? papa pergi 'work'. nak makan apa? makan 'na-si'. lagi? makan 'a-yam'. cara sebut kena jelas tunjuk anak. tekankan bunyi perkataan yg kita nak ajar dia. galakkan anak utk repeat perkataan yg kita baru sebut. ulang2 je rutin tanya soalan hari2. takpe, awal2 mmg banyak kita tanya kita yg jawab sendiri. 3. role play - main bersama anak. buatla aktiviti jadi doktor & patient ke. main masak2, buat2 order makanan ke sambil tunjuk & sebut mainan peralatan masak/sayur/ayam etc yg anak guna semasa main. buat aktiviti jual beli ke. 4. story telling - ni husband sy yg buat. dia suka bacakan story book dekat anak. tips dia kena beli story book yg sesuai dgn umur anak. meaning buku cerita yg ayatnya pendek2. yg ada 4-5 helai gitu je bukannya yg cerita panjang berjela. husband suka baca sambil buat gaya dulu. 5. flash card - ni pon boleh guna untuk sesi ajar anak word. buat 1 sesi 5-10 word sehari pon dah ok. klo tak ada flash card, guna apa yg ada di rumah je. cth, ajar sebut anggota badan anak. sebut benda yg ada di rumah tunjuk anak. bila bawak anak beli groceries. tunjuk/ajar jenis sayur/buah yg ada di situ. 6. nursery rhyme - ni pon husband yg banyak hafal nyanyi dengan anak dulu. ajak anak nyanyi sekali. dulu husband suka bukak lagu/cerita omar hana tu tengok sama2. 7. playdate - klo jiran/kawan/sedara sis ada anak yg sebaya. arrange playdate utk diorg main sama2. 8. minta surat from kk utk refer speech therapist *setiap kali buat aktiviti bersama anak. parents pon gadjet kena letak tepi ya. sbb anak sulung sy dulu pon lambat cakap time umur 2 tahun. even sy housewife pon awal2 dulu sy sibuk dgn biz online, melekat dengan phone. samala husband pon balik keje, main kejap2 je dgn anak. bila notice anak lambat cakap, kami mmg buat semua yg sy share tu alhamdulillah.. nak masuk 3 tahun ada peningkatan words. umur 4 tahun dah banyak bercakap & bertanya tak henti. kami tak ada hantar play school/pre school sbb mahal pon ya & sbb masa tu waktu pkp pon ya. so, anak sy tak dapat nak bergaul dengan rakan sebaya. kami request nk jumpa speech therapist pon nurse kk kate try dulu buat aktiviti bykkan bersembang dgn anak. so, option no 7 tu lepas pkp baru boleh buat. no 8 tu mmg kami tak proceed since ada perubahan dah. bulan 3/2023 ni anak nak masuk tadika dah. excited sangat nak sekolah. hehe sis tryla dengan husband sis. klo masih tak ada perubahan. buat la option no 8 ya. semoga membantu.

Baca lagi

bnykkan aktiviti y dia suka.. bdk2 ni berbeza ada jns fokus n ada y kurang.so tarik perhatian pn berbeza.ank sy ada y nk masuk 4 taun baru blh bercakap..n ada y blm 2 taun dah celoteh bercakap.bawak die ketempat2 y menarik..or klau kat umah main same2..n ulang perkataan2 ringkas..air..ayam..bola.. tiap2 hari.bile nampak die dah dpt sebut..baru tukar perkataan2 lain.

Baca lagi

Sama la. Anak saya 18m, da ckp dgn Dia, ajar pun face to face, Dia senyum je,kadang pandang kejap then lari pergi main. Check doctor semua ok. Cuma Dia still babbling. Beli la apa2, buku,learning toys ke apa. None. Suami dgn saya kadang Mati akal dah

lbhkurang anak saya dh 3thn lambat ckp...tp kitorg sllu sembang dan ajak dia sebut perkataan 1per1. dia akan ikut cuma x jelas mcm kita...lama2 dia lancar.