Dah 30w4D 🤗 Umur 25

Saja nak cerita sebab biasalah, mak mak suka overthinking. Tambah pulak memang saya ada anxiety & depressed. Tambahan lama pulak stop buat rawatan ke hospital. Saya memang ada sakit tulang belakang dari umur 13 tahun sebab jatuh katil double decker kat asrama. Bulan pertama, ke dua & ketiga jatuh berterusan masa f1 dulu. Doktor pernah bgtau, saya ada risiko lumpuh, jadi kena hati² . Kurangkan berat badan, jangan sentuh ais. Pernah dimention kalau mengandung, sakitnya berganda masa saya buat fisioterapi & mungkin boleh lumpuh. Kalau buat operation pun, tak dapat dipastikan operation tu akan berjaya. Kemungkinan lumpuh tu tinggi kalau buat operation berbanding sihat sediakala. Setakat ni , masa umur 15 ( kalau tak silap ) time tgh rukuk nak solat, 2 kali je tiba2 saya tak boleh bangun. Bukan sakit pada tulang , tapi pada saraf sebab saraf saya pun bermasalah berpunca dari jatuh tu. kerap berurut tapi tak pernah lega , akupuntur & bekam angin & darah habis entah berapa puluh beribu, sama je , apatah lagi kiropraktik, sekejap je okay. Pastu jadi balik . Bangun & diri kena papah , duduk memang tak boleh . After dah kawin, sekali lagi saya kena masa tahun lepas . Mertualah yang sapukan ubat, mertualah yang jaga . Makan minum disedia semua. Time tu duduk dgn mertua lg. Duduk diri semua dipapah , baring pun sama . Kali ke dua jadi tu, saya terus baring ke lantai sebabnya masa pertama jadi tu , saya duduk dulu, sakit teramat . Bila baring mengiring bukan posisi kaki tegak , atleast kurang sikit sakit . Jadi bila sakit kali ke dua ni, saya terus baring . Sampai saya rasa dah boleh slowly merangkak atas katil, baru saya ambik phone untuk ws suami sebab suami sentiasa pegang phone . Lupa nak mention, sebelum sakit tu ada tanda² sakit dia. So now dah 30w4d, ada tanda2 sakit macam sebelum ni gak tapi tak jadi lagi. Solat pun atas kerusi , makin lama makin kuat sakitnya. Saya risau saya lumpuh je nanti. Saya tanya suami tadi sebab sangat sakit. Saya Tanya, kalau tiba2 saya lumpuh macam mana . Saya kerap tanya dia . Sebab dia tahu saya ada risiko. Berapa harini sakit sangat sampai kadang kena pegang dinding untuk berdiri. Suami cadang nak beli tongkat. Tapi tu lah, harapnya sakit tak kekal lama . Kalau ikutkan doktor bg anggaran 10 tahun je kalau tak jaga pemakanan, berat badan dll . Tapi now dah lebih 10 tahun, takut jadinya kedepan nanti 😌 pernah gak saya fikir kalau lumpuh nanti, nak minta suami ceraikan saya. Saya nak sendirian. Saya fikir dari sebelum kawin lg. Walaupun dia kata tak apa, dia ada . Tapi saya tu lah, overthinking 😂 tabahla bagi siapa yang ada anxiety & depressed yang teruk macam saya 😂 stress level saya still okay . Sebab tu saya tak mention masa awal2 td 😌 puas la maknya meluah P/s : Depressed & anxiety dah lama. dari umur 8 tahun sampai lah umur 23 saya hanya fikir nak mati & terus menerus lukakan diri sendiri termasuk makan panadol 3 papan sekaligus , tumbuk dinding untuk lepaskan segala rasa sampai bengkak & luka. Mak saya nampak perubahan positive saya bila start berkawan dgn suami time umur 24 ( tahun lepas ). Punca saya ada anxiety depressed tu dari masalah family Masa umur 20 ( time belajar kolej ) , saya bertindak sendiri untuk ambik rawatan kaunseling kat hospital tanpa pengetahuan mak ayah saya. Sampailah direfer pada bahagian psikiatrik. Mak saya kawin dgn ayah sebab nenek saya berkenan dgn ayah. Segala surat cinta dibalas oleh nenek. time tu mak dah ada kekasih 🤗 tak semua pilihan orang tua tu tepat , dan tak semua pilihan sendiri tu betul 🤗 pilihlah yang terbaik , jangan kerana cinta, sanggup butakan mata sampai anak jadi mangsa kedepannya 🤗 Ibu bapa diluar sana, please jangan buat perangai bila dah ada anak 🤗 effectnya berpanjangan bahkan boleh jadi seumur hidup anak tu sendiri. Curang , scandal, ada simpanan sana sini, kawin cerai kawin cerai atau benda yang boleh ganggu emosi anak. please jangan buat, jangan leka dengan nikmat dunia 🤗 Jangan melampias kemarahan @ baran pada anak terutama kalau masih kecik . Benda boleh tegur elok2, ajar baik2, kenapa guna kekerasan ? Saya berubah dari ceria ( 7tahun ) kepada pendiam ( 8tahun ), ada 2 sebab . Perangai ayah yang main perempuan n agak kasar & kakak yang menjadikan saya & adik² sebagai pelepas amarah , dendam, kecewa & lain² lepas dipukul ayah 🤗 Jadi mak ayah diluar sana , please 🤗 jangan didik anak guna kekerasan . Jangan didik anak dengan emosi 🤗 jangan tunjuk contoh tak baik depan anak. Anak² generasi sekarang ni dah makin rosak , jadi ajarlah anak² sebaiknya. Jangan bagi phone selalu untuk diamkan anak, benda tu boleh ganggu komunikasi antara parent & anak . Kalau diajar dari kecik macam Tu, mungkin anak² akan kurang komunikasi dgn mak ayah bila dewasa 🤗 pesan ni juga saya sampaikan pada diri saya agar tak ulang kesilapan yang sama ❤️

7 Balas

TapFluencer

MaasyaALLAH SubhanALLAH. Tabahnya puan. Saya doakan puan sihat untuk melahirkan anak, dan dikurniakan rumah tangga yg kekal terpelihara bahagia, keluarga sekeliling yg terus memahami, serta suami yang sentiasa bertanggungjawab hingga akhirnya. Amiin. Beratnya ujian puan. Puan jangan terlalu fikir ya. Bila rasa dah nak start overthinking tu, try distract dgn fikir something yang buat puan happy. Contohnya fikirkan dh x lama nak nampak baby yg comel, fikirkan kelengkapan2 yg dh/belum disediakan, fikirkan semua yg best2 la. 😊🌹 Hebat wanita kan. Sanggup payah dalam kepayahan.

selalunya cara saya nak elak overthinking, saya merayau naik motor, cari pantai . tapi tu masa belajar dulu lah. sekarang nak merayau naik motor, kena fikir banyak kali sebab fobia, pernah keguguran sebab naik motor 🥲 insha'Allah. terima kasih atas kata2 positive ❤️ moga dipermudahkan urusan kita semua ❤️

Puan seorang yang kuat daripada yg disangkakan. Tidak semestinya apa yg doctor ckp 10 tahun yg lalu tu masih benar pada hari ini. Sekarang semuanya dah berubah secara medical pun dah semakin canggih. Byk juga secara alternative. Puan berfikiran positive, jaga diri, sayangi diri dan especially jaga pemakanan ya. Yg penting sekali, kesihatan emosi sgt penting. Be happy, motherhood is amazing walaupun stress level tu boleh tahan juga. 😁

Insha'Allah akan terus kuatkan diri dan mental 🙆 terima kasih atas kata2 positive ya ❤️❤️ moga dipermudahkan urusan kita semua

TapFluencer

Yakin dgn Allah yg Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Yakin juga dgn kebaikan Allah. Syukur dan istighfar kerana dgn izin dan kebaikan Allah, awak hamil w.pun awak diuji dgn kesakitan berpanjangan. Tahniah kerana masih menyayangi diri dan kandungan. Ta'awuz setiap kali overthinking dan teruskan syukur dan istighfar

itu hanya tekaan doctor, kajian dari perubatan mereka, x semestinya jadi. apa yg allah atur dlm pejalanan hidup puan kita x tahu. sama2 kita doakan yg baik2 shja utk puan dan baby , jaga diri, jaga pemakanan, jaga emosi & berserah pada allah tentang urusan kita moga dimudahkan semuanya.

sama2. ameen

jiran saya ada kes cam puan.. dah ada 3 anak pun... doc ckp cukup tiga shj... jgn putus asa.. dan Allah menguji kita ikut kemampuan kita.. apapun stay positif... dan nikmati proses kehidupan kita... tetap semangat.. rezeki Allah yg bagi.. dan kita ikhtiar tawakal

Terima kasih atas kata2 positive ❤️ insha'Allah, paling positive dah stakat ni, sesekali je la terlintas macam tu je . tapi tak lama 🤗 moga dipermudahkan urusan kita semua

Allahuakbar..inshaallah sy doakan adik sentiasa kuat dan sihat..jgn fikir bukan2 ya..semoga adik dipermudahkan segala urusan ..Allah yg maha kuasa..

cuma sesekali je terlintas. tambah time sakit . kalau dah tak sakit tak pernah terlintas pun , aigoo . Insha'Allah, terima kasih atas kata2 positive ya ❤️ moga Dipermudahkan Urusan kita semua ❤️

You're such a strong woman ❤️ I pray everything goes well with you ! Don't give up ya dear 🙏🏻❤️

thank you 🙆 will not give up , moga dipermudahkan ❤️

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan