Hi pejuang susu ibu

Hi , saja nak bertanya pada ibu - ibu, apa perasaan ibu yg ‘struggle’ menyusu ibu secara direct n pump? Pernah tak rasa penat atau give up?

Hi pejuang susu ibu
18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy menyusukan 2 anak bersama sorang anak susuan. Kedua2 ank daya dapat susukan sehingga 2 tahun. Dan masa susukan anak kedua ada anak susuan yg menumpang sehingga umurnya setahun 3 bulan. Memang ada up and down. Tp bila fikirkan susu ibu susu yang terbaik buat anak2 alhamdulillah saya dapat atasi hari2 saya. Suami, adik ipar, mak dan mertua saya juga sangat supportive. Ditambah ada colleagues berbangsa cina yg sama2 menyusukan anak dgn susu badan. Mungkin saya bernasib baik sebab dikelilingi vibes yg sangat supportive berkenaan pemyusuan ibu. Ada sorg akak kat ofis ni sibukla cakap ank ko da setahun da boleh da nk bagi susu formula. Nak tau apa cina tu cakap. I tak minta duit dengan masa you pun untuk beli susu ke untuk kasi pam keluar i punya susu ke. You nak bagi anak you formula you punya suka. Saya punrasa tertampar bila dengar cina tu cakap macam tu sebab saya ingat kita melayu je yg sibuk la nk susukan anak dgn susu ibu. Saya silap.

Baca lagi
2y ago

Betul sis. Sebab tu lepas dgr org tnya knapa susah2 nak pam, then sy bole je nak jawab macam colleague saya jawab tu. Sbb kami selalu anggap kekuatan dia kekuatan saya, begitu juga sebaliknya. Dan saya rasa sebb th juga bila rasa down daya akan cari dia untuk minta sokongan. Moralnya sis bila kita down kita cepat2 cari kumpulan atau individu yg bole mendorong kita. Sis bole juga join mana2 group Penyusuan ibu kat fb sebab kat sana ramai ibu2 yg berjuang untuk menyusu.

penat mmg penat.. tapi alhamdulillah dpt susukan smpai 2tahun 6bulan.. lebih dr yg sepatutnya 🤣😅 kdg smpai skit2 belakang.. nak pulak anak mmg tak nak susu botol. jadinya direct susu kan dr baby smpai 2tahun 6bulan tu. kdg masa susukan tu smpai menangis sebab penat rasanya. kalau time dia nak ngempeng tu kita smpai tak boleh buat benda lain. letih rasanya masa tu. tp tu la bila kita tgk anak happy lepas susu dgn kita. lebih erat hubungannya. kita akan rasa tak sia2 pengorbanan kita ni. jadinya jgn pernah give up tau. takpa insya Allah setiap org tu rezekinya kan tak sama. mudah2an Allah mudahkan perjalanan penyusuan ibu dan baby. p/s : berhenti susukan sebab tgh plan nk pregnant lagi.. agaknya kalau tak plan nak pregnant lagi mungkin masih sedang menyusu 🤭🤭🤭

Baca lagi

Always.. Sbb saya EPmom… anak taknak direct so mmg wajib pam dlm botol… kdg tak sempat nk pam anak dh mintak susu. Kadang susu keluar banyak kdg cukup2 kdg sikit 😅 5 bln tanpa gagal saya buat mcm tu… selalu rasa nk nangis. Tp baru ni saya tak sihat, terpaksa cuba bagi anak susu fm sbb saya tk larat sgt nk bangun mlm utk pam susu tp anak pulak taknak minum susu fm. Banyak hari pujuk. Bagi dlm syringe bila dye dh telan baru slow2 bg botol… tu pn sehari 2 botol je saya bg fm lain2 susu badan… next 2 days 1botol je sehari…saya igt dye dh boleh terima susu fm rupanya skrg ni dye dh tknk pulak susu fm. Jenuh la. Mujur skrg ni saya dh sihat sikit. Pape pn jgn give up ya sis…InshaaAllah pahala utk kita

Baca lagi
TapFluencer

Setakat ni belum pernah give up (4 bulan) dan saya baru dlm ebm dan latih anak susu botol. Ada juga risau mcmana anak bila dihantar pengasuh nanti . 😬 Sentiasa doa dam bersyukur Allah kurniakan susu yg cukup untuk ibu dan anak. Dan memamg bersusah payah dlm penyusuan ada dlm Al Quran, so, jadikan penyusuan ni suatu ibadah. Tak lama , 2 tahun je nak dibandingkan kehidupan anak yg hingga berpuluh tahun nanti (insya Allah kita pun x tahu siapa pergi dulu), kita tak dpt bonding dgn anak mcm dlm fasa penyusuan susu ibu. Itulah penguat semangat saya. Kuatkan semangat ok.. be a happy mom dgn cara masing2 🥰🤲🌻

Baca lagi

satu je Sy nk share. jgn selalu share hasil susu yg Kita pam Dan jgn tgk yg org lain share...mmg automatic jdi down kalau tgk susu org lain banyak dri kita dpt...prnh nk give up jugak msa anak dh setahun...sbb skit blkg yg amat2...mujur suami & mak bnyk support bg mkn sedap2, bwk jnjalan amik mood & bnyk bg Sy me time. alhamdulillah capai jugak 2 tahun myusu anak sulung 😊 harap yg ke 2 ni pun sama boleh dpt smpai 2 tahun... jgn stress, jaga mkn je sis & buat apa yg happy2 tuk dri sis... InsyaAllah bnyk susu tuk anak😊

Baca lagi
TapFluencer

Pernah rasa penat. Ibu menyusu bangun kerap daripada ibu yang anak nya dah besar dan boleh tak perlu minum susu sebab anak akan jenis cepat haus. Apa pun fikir Tuhan akan bagi ganjaran pada masa yang sama itu je cara bonding dengan anak. Moga kuat ya mommy 👍🏻💪🏻 Jangan ambil kira sesiapa yang cakap kalau mommy itu ini bab tak bagi nutrisi pada anak. Orang tu tak faham sebenarnya dan tak membantu pun. Percaya pada diri sendiri dengan izin Nya dipermudah urusan ya

Baca lagi

semua ibu2 mesti ada struggle nak menyusu kan baby.. xpe take it slowly..kalau ikut experience sy dulu epmom, sekali pum tu 3-4oz je utk setiap 3jam tu..tp bersyukur sgt blh tahan smpi anak 1.5tahun.. byk jugak mudah bila x oversupply..peti ais xpenuh dgn susu(xperlu deep freezer),jimat plastik susu..ank dpt minum ebm cair je mostly(lg berkhasiat), breast xde sekejap2 bengkak..mksdnya susu sy dihasilkan ikut demand baby..alhamdulillah..

Baca lagi

Jika cukup, silalah susukan anak sehingga capai cukup umur anak cecah 2 tahun. ALLAH tak pernah jadikan sesuatu dgn sia2. Tp, jika memang tak cukup, jangan pula rasa down bila perlu campur atau gantikan dengan FM. Tu je nasihat sy. Bukan ibu yg teruk jika tak cukup susu. Bukan gagal menjadi ibu bila tak cukup susu. Kita tetap beri walau sedikit, sebab antibodi anak perlukan susu ibu sebagai immune booster.

Baca lagi

sy ank sulung. 1 bulan pertama pernah depression. sbb melecet. nipples hmpir putus sbb pump kuat sngt .sakit. Bengkak susu lagi. mlm tdo tk Lena kne bgn susukn baby. tpi suami bgi semangat. susu ibu yg terbaik. Makin lama Makin ok. suka sngt BF baby. dpt peluk main tgn baby. sayu hati tgk anak. dlm Masa yg sama bersyukur ada rezeki ank. susu byk. untk mom Kat luar sana. jgn give up. Korg sngt hebat.

Baca lagi

give up bila org ckp tetek kecik, cukup ke nk susu anak to...lpas to suami plk asik nk beli susu fomular je, sbb pgaruh kawan n sedara kata ank sy x cukup zat lah apa lh, tp anak tiap2 bulan naik je kilo bila timbang...kadang2 pekak kn telingga je, tp smpai bila blh tahan kn, so hanya mmpu mnagis n pendam sorg²...

Baca lagi