Berat dah 78 kg , pregnant 7 bulan

Risau… Takut nya sebab dah gemok sangat tapi asyik lapar. Kerja busy kdg tak sempat nak sedia kan healty food😭 Terpaksa makan roti lah apa lah. Masalahnya dah gemok sangat. Macam mana ni ? Down sikit org sekeliling ckp macam2. Hmmm

25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

rilek lah puan , masa pregnant memang berat akan naik sama ada banyak atau sikit .. saya anak pertama dulu lepas je bersalin sampai 110kg berat saya lepas habis je pantang slow2 saya turunkan berat turun sampai 16kg .. sekarang pregnant berat naik semula tapi tak mendadak macam dulu , sekarang pregnant anak kedua berat naik turun gitu je .. kalau puan rasa2 nak jaga pemakanan masa pregnant boleh je puan , misi saya dia cakap makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap tetapi jangan makan kuantiti yang banyak dan kerap .. puan makan macam biasa tapi dalam kuantiti yang sedikit cth : 2senduk nasi ke , 2senduk bihun ke gitu lah lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan lauk2 pulak ikut sukatan dia lah cth ikan makan 1ekor kalau kecil kalau besar tuh ambik satu dah cukup , roti 2 keping atau biskut 6kepingkalau puan rajin buat lah ia berkhasiat sikit macam sandwich ke kan , susu minum macam biasa sebab nak topupkan balik mana khasiat yang takda tuh .. ini makan kuantiti sedikit tapi kerap , sebab kita pregnant ni akan sentiasa lapar kan walaupun dah makan 🤭 sebab tu misi dia sarankan makan kuantiti sikit tapi kerap .. kalau kata masa waktu makan tuh kita melantak banyak2 makanan itu yang jadi berat naik mendadak puan .. sebab kita pregnant akan sentiasa berasa lapar walaupun dah makan ,bila puan makan kuantiti yang sedikit tetapi kerap bukannya berat tak naik akan naik juga tapi sikit2 bila kita melantak sampai banyak2 pastu lapar makan lagi kuantiti yang banyak juga tu yang jadi berat mendadak dan masa pregnant exercise paling sesuai adalah berjalan dalam 30min dikawasan halaman rumah atau rajin sikit ke taman ke bagi keluar peluh sikit ikut kemampuan lah kalau da rasa penat berehatlah gituu .. sebab baby dalam kandungan dia perlukan khasiat juga kalau puan makan roti je hari2 sian baby .. bab orang mengata tuh biasalah itu sudah lumrah dunia puan , bagi saya semasa puan pregnant ni janganlah ambik kisah sangat apa yang orang cakap nanti puan sendiri yang stress , stress adalah bahaya bagi orang yang pregnant macam kita ni puan .. harap membantu puan ye ☺️

Baca lagi
3y ago

*kalau puan nak makan benda2 manis seperti kek ke apa boleh jangan selalu kalau saya ambik satu hari sebagai cheat day then kerapkan minum air suam banyak2 😊 kalau rajin buat jus buah-buahan ..