Suntikan Depo Provera Sebagai Kaedah Merancang Keluarga

Repost tentang suntikan depo provera sebagai kaedah merancang keluarga. Untuk pengetahuan anda, saya sudah banyak pengalaman sebagai doktor yang berkerja di klinik merancang keluarga semasa saya bertugas di London, dan saya ada membership dengan Faculty Family Planning UK sebab ada pengalaman ini dan hanya doktor yang cukup pengalaman dibenarkan mengambil pemeriksaan kepakaran ini. Berkenaan berat badan. Inilah nasihat saya, yang berdasarkan keputusan kajian perubatan depo provera. Ada orang kata berat badan naik selepas suntikan, ada orang kata berat badan maintain sama saja, dan ada orang kata berat badannya turun. Yang penting ialah bersenam dengan kerap (regular exercise) dan pemakanan sihat yang seimbang dan tidak berlebihan sebagai amalan hidup anda. Jika anda sudah bersenam dan amalkan pemakanan sihat, tetapi berat badan anda masih juga naik melebihi 5% berat badan asal anda dalam masa 6 bulan mendapat suntikan depo provera, maka anda mintalah doktor membantu anda memilih kaedah merancang yang lain yang lebih sesuai untuk anda. Inilah saranan dan garispanduan Royal College of Obstetrics & Gynaecology UK tentang kaedah ini. Janganlah menakutkan ibu lain kerana ramai yang tiada masalah tentang kenaikan berat badan. Sumber: FB DR. IMELDA BALCHIN

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy antara yg ambil depo dan berat badan maintain 😬..ambil 2x je. Selebihnya rancang sendiri

where can get the injection?