Rasa down sgt bila dpt tahu baby SGA.

Rasa down sgt bila dpt tahu baby SGA. Ade prob² lain dekat baby, down sgt² skrg. Rasa mcm failed sgt pregnant Kali ni. Mcm² bermain dlm kepala. Dgn family sblh suami mmg Dari awal jenis ssh nk terima ahli keluarga yg special sbb katanya xde dlm keturunam dorg anak special.

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

SGA ni baby kecik, yg boleh jdi salah satu faktornya ibu bapa ber genetic kecik... kenapa nk rasa failed sis...org mmg boleh je claim xde ahli family cacat la, special la tapi ada bukti x? sbb dlm dunia ni xde sorg pun manusia yg 100% sempurna.. semua ada kecacatan msing2 sama ada nmpak atau x nmpk... kalau x nmpk tu di panggil silent carrier.. x semestinya dia silent carrier tpi dia x boleh myumbang gene yg rosak tu ke keturunan dia.. contoh yg pling senang case thalassemia. ibu & bapa carrier (bukan pesakit) % untuk anak jdi psakit tu 50% normal or 50% lagi jdi pesakit talasemia sbb anak mewarisi kedua2 gene yg rosak/cacat tu dri ibu bapa dia... so mmg x boleh mudah2 nk claim xde keturunan yg terleps dri apa2 penyakit. sbb nk tau betul2 penyakit ni kena buat DNA TESTING, kluar modal besar bayar ribu2 Dan mkn Masa yg lama nk kaji... so sis abaikn jelah org2 tua Kita boleh anggap mereka kurang cerdik sbb Duk claim mcm tu... boleh follow page Dr Imelda balchin di fb...details jugak dia explain psal kerosakan gene ni... InsyaAllah baby sis sihat2 je 😊 jgn risau sgt ya... Allah bg tu dia tahu dh Kita boleh handle ujianNya...

Baca lagi
2y ago

Cakap pasal thalassemia ni, sy pun detect masa pregnant sebab hb payah naik even dah berkodi2 makan iron supplement. Masak 1st pregnancy sempat investigate sampai DNA analysis (test ni by KK je, free, tak silap hantar ke KL kot lab dia), tapi tak habis investigate sbb saya dah beranak😂 Masa second baby ni, saya bawak la buku pink dulu, so doctor KK tak ulang dari awal siasatan thalassemia sebab dulu dah ada, just sambung DNA sequencing je which is darah ambil kat KK (free je) and ia dihantar ke IMR KL tak silap, tapi result lama la. Meanwhile iron level, fbc follow up macam biasa. Hb ranges 8.9-9.8 on iberet sekali sehari now..

Allah uji ikut kemampuan kita.. maksudnya awak insan terpilih, yg mampu hadapi ujian ni.. jangan down ok, kalau ibu kuat, insyaAllah sespecial mana pun anak ni, tetap dapat cungkil potensi terbaik dalam diri dia.. saya mungkin tak berada di tempat awak untuk paham sepenuhnya perasaan ni, tapi itu yg saya nampak daripada abang kakak saya yg ada anak special, seorang mild autism+pekak+buta sebelah mata, seorang lagi down syndrom.. semoga Allah permudahkan segala urusan awak, suami, dan anak yg bakal lahir ni..

Baca lagi

Sis anugerah tuhan ada hikmahnye nanti. Jgn pikir org lain, yg penting allah memilih sis dan suami sis kerana allah ketahui kamu berdua berkebolehan luar biasa atas ujiannye. Redha sis dan dgn kesabaran blh disembuh kelak dgn kebahagian dan menerima hakikat atas rancang allah plg terbaik. Jgn give up dan jdlah kuat tabah sis. Semua cabaran adalah sementara.

Baca lagi
VIP Member

Yang nak jaga anak tu nanti awak, so abaikan mlut org, jangan fikir sangat sis, Allah know best for u. Sudah namanya manusia, ada saja nak kata dekat orang, sampaikan baby yang belum lahir pon nak kata

TapFluencer

apa la jenis fam mertua sis ni. anak ni kurniaan Allah. Allah nk bg mcm mana pun bukan atas kita. kenapa la sampai susah/tak boleh terima. sis tolong buka sikit mata dorang ni pls. geram pulak sy

2y ago

anak buah je pun bukan anak kauuu. eh makin geram haha pls laa kecik betul otak mereka. takpe sis buat hal sis je. insha'allah baby takda apa tu. sis doa byk2 ya moga baby & sis okay sampai bersalin☺️

TapFluencer

Moga mommy dan suami kuat ya. Aamiin Bila ada perspektif begini memang payah. Sebab mentaliti orang tu yang menjadikan orang lain down.

sga to saiz bby kcik kn sis.....apa mksd sis ank special to? sbb sy pn sga...doc jz ckp bby kcik dari usia..y lain normal

2y ago

btl tu SGA tu bby kecik. n bby Sy terlalu kecik. lepas tu dapat detect tulang kaki pendek n kemungkinan sindrom down. lg sedih tu nk buat ujian utk pengesahan sindrom down doc ckp dh agak lewat. skrg Sy dh 32 weeks. doc cuma boleh pantau je skrg ni .

Bby sis kecik berapa minggu ya dari sepatutnya? Sbb sy kecil 5 minggu sptutnya 25 mnggu tp scan bby baru saiz 20 minggu

sis..kalau rasa down boleh tengok video faizal tahir tentang anaknya. mungkin boleh beri semangat pada sia.

semoga Allah swt jadi sis dan suami .. seorang ayah dan ibu yg sgt baik dan memahami aminn yra ..