Dimanakah anda merancang untuk bersalin?
Dimanakah anda merancang untuk bersalin?
Voice your Opinion
Hospital Kerajaan
Hospital Swasta

12750 respon

56 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hospital kerajaan kerana saya yakin hospital kerajaan mempunyai doktor yg pakar dan berpengalaman. Pengalaman anak pertama ok, cuma kita setaraf dgn orang lain. Dpt membantu suami mengurangkan beban dan dpt muhasabah diri agar tetap bersyukur apa adanya. semoga ibu2 yg melahirkan dn bakal melahirkan akan sentiasa dilindungi. yg penting anak sihat😊

Baca lagi

entah la..tp pengalaman kawan² bersalin gov ni dpt nurse or misi yg perangai mcm hare sikit..tu yg malas nak gi gov..amek risiko gi swasta ..bkn nak tunjuk kaya..struggle kita sapa tau..sy jenis malas gaduh2 stress² tunggu lama ni..so gi swasta la...

2y ago

Alhamdulillah anak pertama -4 semua kerajaan..Misi semua baik-baik...

Sy pilih kerajaan. Sebab sy sblm mengandung mmg ada cyst kiri & kanan. risau akan risiko2 mendtg nnt 🥲 Sy patutnya operate cyst ni pd bulan 1, tp rezeki mengandung secara natural. Skrg baby kecik ni dh 5 bulan, alhamdulillah ~

ms beranakkan anak petama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam semua swasta.. cadangnye anak ketujuh nie nk cuba kerajaan plak 😊 yg penting ibu anak sihat dan selamat.. Aamin 🤲

hai , sory lari tajuk . sy nak tnya kalau kite dh chekcup dekat kk , pastu nk tukar swasta boleh ke yer, sbb sy pnya waktu mcm susah sikit . lepastu tmpt keje sy kekurangan staf jadi mcm susah sikit kena kerap pegi kk .

2y ago

boleh je, sebelum pergi tu cakap dulu kat kk nak checkup kat swasta

Swasta sbb suami nk teman. Patutnya kalau GH, nak FPP. Tp dh covid19 ni, semua FPP xdok. Jd, suami suh g swasta je. Even check up semua pun dia suh buat kt swasta. Xg KK pun.

waktu pendemik ni...sy tlh brbincang dgn suami utk brsalin di hsptl swasta....krn untuk mngelak drp kesesakan org ramai n memudahkan brada brsama suami ketika brsalin.

kerajaan, duit baik simpan. lgipun kalau bersalin kat swasta habis kena ganyang dgn ibu sndiri. belum lg kena perli kene kutuk berlagak kaya dgn makcik kerabat hahaha

3y ago

Hahaha yg awak dgr ckp org dah knpe…🤣 saya swasta sbb nak suami teman kan 😆

HKL the best. Dari anak pertama, kedua, ketiga dan kini yang keempat, saya masih memilih HKL. Ramai doktor pakar dan layanan nurse yang sangat baik. Makanan pun sedap.

2y ago

hi sis salam, HKL so far ramai tak? ada tak yang kena menunggu time sakit nak bersalin tu sebelum admit ward?

sy mmg pilihan dihati HKL sbb tempat lahir saya, anak pertama dan insyaallah yg kedua pun sama.. sy mmg tak minat g swasta.. 😅