TAP AFTER HOURS KOMEN & MENANG DARI KISS MINERAL!

Psssst~ Jom kongsikan rahsia & pendapat anda bersama kami malam ni. Mungkin anda antara 5X Pemenang bertuah kali ini yang akan membawa pulang hadiah istimewa dari Kiss Mineral taušŸ’‹ Ikuti langkah mudah di bawah dan pastikan anda klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan serta komen jawapan anda berdasarkan soalan di bawah ini ya. Semoga berjaya semuašŸ˜˜ #KongsiJawapanDapatHadiah

TAP AFTER HOURS KOMEN & MENANG DARI KISS MINERAL!
81 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Saya jarang pakai makeup kecuali liptint kerana ada masalah kulit sensitive. Makeup bila nak keluar itu pun sedikit foundation, bedak & calitan lipmatte yang tak keterlaluan cuma bila tiba waktu untuk ā€œOUR TIMEā€, saya akan merias diri sedikit berbeza dari biasa. Suami seorang yang simple jadi dia tak minat kalau saya merias keterlaluan. Namun bagi saya merias wajah itu adalah terapi. Walaupun sekadar gincu tapi dah cukup memberi kesan mood yang baik. Wajah yang bersih dengan riasan istimewa dari selalu pada wajah dan wangian yang harum sudah tentu akan menaikkan mood dan keinginan yang tinggi bila tiba hari ā€œOUR TIMEā€. Suami amat suka dengan persiapan saya jika kami luangkan masa berdua. Baginya riasan istimewa seperti itu hanya untuknya. Oh i love ā€œOUR TIMEā€. ā¤ļø #TAPxKissMineral

Baca lagi