Maaf yer ibu2 , saya nak tanya ada tak ibu2 kat sini yg mengunakan sabun miss v sampai melahirkan ? Bahaya x utk baby?

20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

bukan nak takutkan tp kenalan sy keguguran ya sbb kerap buat vaginal douching guna sabun/pencuci "feminin" ni. harap beringat. vagina kita tak perlukan pencuci, dia bukan pakaian yg kotor kena lumpur. dia ada agen pembersih dia sendiri. keputihan tu benda normal selagi belum menopos. nanti dah menopos baru kering kontang ya vagina anda semua. kalau taknak ada keputihan yg byk & berbau, kerap makn yoghurt & kurangkan makan/minum manis. gula ni musuh utama badan kita. bykkan minum air masak. vagina mesti berbau mcm vagina. bukan bau stroberi, sireh, kekacang. no. selagi tak keluar keputihan warna hijau, keluar lendir busuk, selagi tu dia ok saja. laki tak sudi sbb tak bau lemon? boleh suruh dia cium lemon. ckp kt dia vagina kita tak keluarkan bau mcm potpuri. bila mengandung ni, bukan fikir kita diri kita sahaja. beratus faktor boleh jadi punca keguguran. kadang taktau apa silap pun boleh jadi gugur. apatah lagi benda tidak2 mcmni. dah 2022 ni tolong ya banyakkan tengok forum/bicara doktor2 pasal kesihatan tubuh kita. benda tak perlu tak usah guna. dah lah bazir duit kena beli, takda faedah untuk kesihatan pulak tu. baik beli buah, lagi bagus utk penghadaman & snacking time perut lapar.

Baca lagi