Pelancaran Global Shopping Festival 11.11 Dengan Taobao Store Baru di MyTOWN Shopping Centre!

Platform membeli-belah atas talian, Alibaba telah melancarkan sambutan Global Shopping Festival 11.11 di Malaysia hari ini dengan parti dan tinjauan eksklusif ke Taobao Store terbaru di MyTOWN Shopping Centre, KL. Bertepatan dengan tema 11.11 tahun ini, ‘Setiap Harapan Adalah Bermakna’, Alibaba turut mengumumkan pemberian perabot, buku dan barangan khas dari Lumahgo dan Taobao buat kanak-kanak di 3 rumah anak yatim di Lembah Klang -  Rumah Charis – Home For The Children, Rumah Sayangan, and Rumah K.I.D.S. Berita menarik buat ibu ayah, Alibaba juga memperkenalkan saluran ibu dan bayi Qinbaobei dan Taobao Grocer bagi membuat debut di Malaysia pada sambutan 11.11 pada kali ini!  Wah, nampaknya semakin banyak pilihan untuk membeli belah barangan si manja bukan hanya melalui atas talian ya, malah boleh pergi ke store Taobao di MyTown juga. “Pendigitalan dan ciri keperibadian pengalaman membeli-belah yang akan diperkenalkan oleh Lumahgo x Taobao Store merupakan penambahan istimewa kepada penyewa kami kerana ia bertujuan menyasarkan pelanggan yang tidak menggunakan teknologi dan mahu membeli secara fizikal, serta memberikan pengalaman pembelian dengan sentuhan digital, melalui big data dan teknologi yang dikuasakan oleh Alibaba,” jelas En. Azhan Che Mat, Pengurus Pusat MyTOWN Shopping Centre.

Pelancaran Global Shopping Festival 11.11 Dengan Taobao Store Baru di MyTOWN Shopping Centre!
5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Yayyy makin syok lah pergi MyTOWN lepas ni!

VIP Member

Uuuu nice ni! 👍👍

I always go mytownn

VIP Member

👏👏👏👏

😍