Play Gym Untuk Dimenangi! 💖🌈
Hi Parents! Jom rebut peluang untuk memenangi hadiah Kembara Play Gym daripada Aden & Ren! Hadiah ini bernilai RM500 tau. Jangan lepaskan peluang ini. Pertanding bermula pada 28/10/2022 hingga 12/11/2022! Apa tunggu lagi? Jom daftar dan tuliskan jawapan anda di sini! Link ke pertandingan: https://community.theasianparent.com/contest/play-gym-untuk-dimenangi/1704?lng=en

Hello TAP, juga salam kenal buat aden & ren serta ibu bapa di TAP. Seperti yang saya faham mengenai Kembara Play Gym ini ialah, ia direka khas untuk menyokong perkembangan bayi sejak lahir hingga umur 1 tahun. Kembara Play gym dapat diberikan pada bayi sejak usia satu hari, tetapi bayi berusia antara tiga hingga enam bulan paling menyukai play gym. Sebab, pada usia tersebut, bayi sudah mengembangkan koordinasi tangan-mata, jadi berusaha meraih dan menggenggam mainan yang menjuntai adalah latihan yang baik. Ini juga sangat bagus untuk bayi yang mulai belajar merangkak. Selain itu, Kembara Play Gym juga adalah salah satu item yang paling penting bagi perkembangan anak anak. Sehubungan dengan itu, ia juga dapat menyokong pelbagai motor kemahiran seperti pengesanan mata yang menjangkau, menggenggam, menendang, melintasi garis tengah, duduk, merangkak, berdiri dan berjalan. Selain itu, mainan yang digantung itu juga boleh ditukar berdasarkan mainan lain mengikut peringkat perkembangan bayi. Kembara Play Gym ini diperbuat daripada kayu Meranti dan Getah. Dalam pada masa yang sama pejal bahan kayu keras ini membolehkan bayi terlibat dengan alam semula jadi ketika di rumah semasa mereka mengembangkan kemahiran motor mereka. Selain itu, ia dilengkapi dengan minyak berasaskan tumbuhan dan lilin lebah, amat selamat untuk menyokong keinginan semula jadi bayi jika masuk ke mulut. Tetapi ibu bapa juga harus tahu dan peka, Kembara Play Gym ini perlu digunakan dibawah pengawasan orang dewasa pada setiap kali digunakan.
Baca lagi


