Alhamdulilah. Setelah 8 tahun penantian.

Pada jumaat yg barakah (06/01/2023) jam 5.50 petang. Adalah satu yg sgt indah bg ku. bila balik keje..wife bgtw sesuatu yg nk di bagitahu. Kite ni kalau kalau isteri ckp mcm tu dah berdebar dah. Tp bile ditunjuk kan dan diberitahu yg die mengandung dekat 2 bulan dah. Sy x terkata. Perasaan bercampur aduk kerana 8 tahun lebih kami berdua menunggu. Mcm2 ikhtiar dah buat sampai. Iui pun dah 3 kali. Sampai kami dah tahap redha dan pasrah.Allah....fitrahnya kita sebagai manusia biasa pasti merasakan ia sesuatu yang menyakitkan. Namun, kita amat dianjurkan untuk bersabar dan melapangkan dada atas kehendak takdir Allah SWT kerana apabila kita reda dengan sesuatu yang terjadi, ia akan memberi ruang kepada hati kita melihat perancangan Allah SWT itu adalah amat luar biasa dan Dialah sebaik-baik perancang. Peristiwa itu juga banyak pengajaran yang boleh mendidik diri terutama berkaitan kesabaran terhadap ujian Allah SWT. Jika kita tidak sabar dengan takdir Allah SWT sudah tentu kita tidak akan dapat melihat hikmah di sebalik percaturan Allah SWT buat hamba-Nya. Sebagaimana kata bijak pandai, sebagai manusia kita di bawah ini sering mengira akan perancangan Allah SWT buat kita, sedang Allah SWT telah menyusun takdir yang cukup indah buat setiap hamba-Nya. Oleh itu, dalam apa juga keadaan, kita dianjurkan untuk meningkatkan kesabaran supaya menjadi insan yang diredai Allah SWT. Pengajaran seterusnya hendaklah selalu bersangka baik dengan Allah SWT. Apa juga yang Allah SWT tentukan, adalah yang terbaik buat kita. Sesungguhnya Allah SWT tidak memberi apa yang kita mahu, tetapi Allah SWT memberi apa yang kita perlu pada waktu yang tepat. Sesuatu yang Allah SWT aturkan kepada kita barangkali pahit pada awalnya tetapi penghujungnya akan ada kemanisan kerana ketentuan Allah SWT itu adalah sebaik-baiknya. Sebagai seorang Muslim, kita harus sentiasa berusaha memperbaiki diri dengan menerapkan sifat mahmudah dan selalu bersyukur dengan kurniaan Allah SWT. Orang yang sentiasa bersabar dan bersangka baik kepada Allah SWT pasti teguh kepercayaan terhadap takdir Allah SWT yang memberikan kesulitan dan kesukaran kerana kasih sayang serta rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya.

Alhamdulilah. Setelah 8 tahun penantian.
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Alhamdulillah 🇹 🇦 🇭 🇳 🇮 🇦 🇭 utk anda dan isteri 🤲🏻😇 semoga ibu & baby sihat selamat semuanya. Sy juga baru hamil setelah 10tahun penantian, ini kehamilan yg ketiga, tetapi anak yg no.2 sahaja yg hidup, anak no.1 meninggal kerana lahir premature.

TapFluencer

Masya Allah tabarakaLlah. Suka perkongsian ni. Tahniah kpd Tuan dan isteri. Teruskan redha, syukur dan sabar 👍🌻

2y ago

🤲👍