Induce. Boleh tak mommies share pengalaman induce ? Saya dah overdue lusa kena serah diri.

Overdue, risau 🥺

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, saya bersalin paksa at 40 w 1 d. Asbab bersalin paksa sebab doktor bagi pilihan nak tunggu turun tanda atau serah diri. Due saya 13.3, bersalin 14.3 14.3 - 7.30 pagi saya terus ke bahagian emergency hospital yang saya nak bersalin untuk warded serah diri walaupun tak ada tanda. 8.00 pagi terus masuk labour room untuk induce (saya bersalin swasta) 8.30 pagi doktor check bukaan rupanya dah 2cm. Doktor masukkan ubat pertama (induce belon) masuk melalui vagina. Kena baring sejam selepas masuk ubat. 9.30 am - contraction dah start ada tapi tak sakit. Sekadar mengeras. 10.30 am - 5.30 pm - contraction semakin kerap dan semakin banyak tapi masih tak sakit. Jadi misi risau tak ada bukaan. 5.30 pm - doktor datang check bukaan dah 3-4cm. Doktor pecahkan ketuban. As soon as doktor pecah kan ketuban contraction tadi terus rasa kuat. Tapi masih boleh senyum dan gelak ketawa dengan husband. 6.30 pm - 8.30 pm - contraction semakin kuat dan sakit saya control dengan penafasan. Misi offer untuk ambik ubat tahan sakit. Mula mula saya reject. Tapi diorang tetap bagi jugak sebab tengok saya tahan sakit sangat sangat macam bukaan dah banyak. Tapi check bukaan masih 4cm-5cm. Tapi ubat tahan sakit tak function, sakit semakin kuat. 8.30 pm - contraction semakin kuat, misi offer untuk ambik gas. Saya try tapi tak function jadi saya reject. Saya rasa better without gas jadi saya pilih tahan sakit sendiri dengan istighfar dan tidur in between contraction tu. Masa ni check bukaan dah 6-7cm. 9.30 pm - saya bagitahu misi rasa macam nak terkentut nak terberak. Misi check bukaan dah 9cm. 9.44 cm - bukaan dah tepat tepat 10cm. Misi call doktor. Misi cakap kalau nak teran boleh teran. Untuk bagi dia turun. 9.55cm - after 10 minit meneran, keluar baby boy seberat 3.22kg alhamdulillah. Sebenarnya pukul 10pm tu sepatutnya doktor masuk check bukaan dan masukkan ubat kedua. Tapi alhamdulillah saya dah bersalin atas izin allah hanya dengan sekali saja ubat. Itupun sakitnya tak kuat seperti yang sangka. Yang lebih sakit tu bila ketuban dah dipecahkan. Selamat berjuang sis, in shaa Allah dipermudahkan

Baca lagi
2y ago

Alhamdulillah tahniah sis. Itulah pengalaman masing masing berbeza kan. Tapi banyak saya dengar induce ni sakit sangat. Anak sulung saya alhamdulillah keluar before due. Anak kedua ni malu malu pula. InshaAllah saya akan cuba positif fikirkan kesihatan baby je.

saya kena induced belon last year. sakit skejap. tapi lepas kena induce, darah keluar mcm period. haha. lepas 3 hari, baru beranak. lama bebenor kan? tapi okay jelaaa.. takdela teruk sgt pn. tau tak cara nak kurangkan sakit? ni petua ramai yg nasihat saya. kena banyakkkkan berjalan. yes! berjalannnn banyak2 okay sis! smoga dipermudahkn urusan sis!

Baca lagi

setiap org tk sama rasa dia. mcm sy induce ubat 3 kali , ubt pertama rasa sakit skit tp contraction kuat buka hanya 1 cm je. so diorg bg ubt thn sakit sbb tkdk bukaan. ubt ke 2 tk rsa apa. ubt ke 3 tk rsa apa. last induce drip. sakit nk mati 😆12 jam bukaan hanya 6cm last kena czer 😂

saya serah diri 24/3..40w 6 hari.. takde turun tanda,sakit conraction pom tak.. pukul 1 masuk wad..petang tuh dr cek jalan dh buka 3cm..drtor ckp tak pyh induce klu jalan dh buka.. lps cek jalan bru rasa contraction smpai ke malam..1.30am masuk labour room Alhamdulillah 3.30am dh bersalin..

2y ago

Alhamdulillah. Saya pun kena serah diri juga kalau tak sakit. Hopefully ada rezeki jalan buka sendiri tanpa induce

saya bersalin 37w5d. masa 37w3d air ketuban saya leaking, scan kt hospital tinggal 7. keesokan harinya doc induce ubat. lps 6 jam contraction sakit sgt tapi bukaan 2cm. lps 15 jam bukaan 4cm. tolak labor room induce drip pulak. bukaan full within 30mins and saya selamat lahirkan baby

smalah sy 40w 1dy,serah diri sb dh turun tanda darah,sx cek dh 3cm,jd dctr tak paksa brsalin sb kes on gdm,jm 2.30 cek 3cm,jm9 stgh 4cm,jm 10.15 trus brsalin bby boy berat 3.7

Sy kne induce ubat n drip. Makan mase berjam2. Tp dlm hari yg sme dah bersalin. Sbb lame - Sbb serviks teball. Sakit nya Allah saje yg tahu. Huhu.

TapFluencer

Klu masa serah diri, jln dh buka 1-2cm...induce belon. Klu tak ada jln, induce ubt. Dh tolak LR baru induce drip.

2y ago

Tgk pd org. Pnglmn dkt LR, ada yg dh induce berejam tp tak rasa sakit.