Dituduh mengabaikn anak, masa bawa ke KK
#sekadarsharing Lesson: mama, please belajar treat selsema anak you. Belajar sedut / keluarkan hingus baby, belajar tengok lekuk di dada baby, belajar kira breathing rate baby. Dan bawa ke hospital sekiranya nampak tanda2 lekuk / breathing rate baby tinggi. 🥹 Anak no.2 saya, Aiyub dulu selalu admited di hospital, setiap bulan bermula usia 7 hari. Masa saya ke KK untuk check jaundice, nurse tanya, "baby ada batuk selsema?". Saya jawab ada. Nurse minta proceed ke bahagian counter untuk check suhu dan oxygen. 3 kali check, bacaan oxygen Aiyub menunjukkan nombor "85". Nurse di counter tu mulai pening, pastu garu2 kepala. "Puan, saya rasa alat check ni rosak. Puan ikut saya, kita ke emergency." Masa di emergency, baby diserahkan kepada doctor yg berada di situ. Saya dan suami tunggu di luar. Setelah beberapa minit, 3 orang doctor datang kepada saya dan suami bertanyakan perihal kami ke KK tu. Terkejut kami pada ketika tu. Kami terangkan, datang sebab ada appointment check kuning. Lepas tu bertubi2 soalan menerpa dari mereka. "Puan, oxygen anak puan sangat2 rendah. Kenapa tak datang lebih awal? Kenapa tak ke hospital? Puan tahu tak anak puan dalam keadaan bahaya sgt skrg ni? Puan tak tahu ke?? Dada dia ada lekuk. Dan breathing rate dia sangat laju. Kenapa puan lambat bawa dia utk check up?" Saya terdiam, ternganga, dan hanya mampu menjawab, "Ya Allah.. saya tak tahu" Lepas tu kedengaran ada doctor sebut, "ini kes pengabaian anak ni" Dan ada doctor yg cuba husnuzon. "Dia tak tahu. Mungkin 1st baby." Saya dan suami terdiam. Dipendekkan cerita, doctor uruskan penghantaran kami ke Hospital Serdang melalui ambulans. Sebulan di NICU. Prescribed ubat antibiotic Vancomycin dan macam2. Saya pernah diberitahu doctor supaya bersabar dan redha jika apa2 berlaku sebab infeksi pada paru2 Aiyub sangat kritikal. Dan memandangkan dia masih kecil, dia terdedah kepada lebih banyak bacteria / virus infection. Nak dijadikan cerita, Aiyub tiba2 dijangkiti MRSA. Kata doctor pada ketika tu, "Puan.. fatal rate penyakit ni sangat tinggi. Tapi Puan jangan risau. Ada baby yang survive infection ni, 2 tahun lepas. Kita akan ikhtiar sebaik mungkin. Cuma kalau dia survive pun, paru2 dia dah luka. Dan dia akan sangat mudah untuk kena jangkitan macam2. Terasa gelap dunia saya ketika tu. Perasaan bersalah menyelubunyi diri. Hanya mampu tertunduk kepala, menahan tangisan je depan doctor tu. Alhamdulillah Aiyub survive MRSA. Dan seperti kata2 doctor sebelumnya, memang setiap bulan Aiyub mudah mengalami jangkitan sehingga dada lekuk dan pernafasan laju dan saya bawanya ke hospital. Dari tahun 2023, bermula March (Aiyub lahir), sehingga February 2024. Tiap2 bulan saya lalui episod kesakitan aiyub di hospital berbeza2. Dari hospital kerajaan ke hospital swasta. Terakhir, Aiyub dimasukkn ke ICU di Sunway Medical Center. Masa tu yg treat Aiyub ialah Dr Fazilah. Pakar paru2 kanak2. 2 minggu lebih di sana. Macam2 treatment Aiyub dapat, dan Alhamdulillah.. keadaan dia bertambah sihat setelah itu. Saya masih ingat kata2 Dr Fazilah kepada saya: Puan, Aiyub ni masih kecil. Badan dia boleh belajar melawan sendiri penyakit2 seperti ni. Tapi disebabkan dia dah terbiasa diberi ubat antibiotic yg kuat2 dari kecil sebab waktu yg terdesak ketika tu, maka kita terpaksa membantu badan dia melawan dgn ubat antibiotic yg kuat2 juga. Saya dh check paru2 Aiyub. Dia okay. Bukan congenital. Apa yg berlaku terhadapnya ada infection pada paru paru. Pneumonia.. bronchiolitis.. Dan sebenar2nya, puan boleh elakkan dari jangkitan tu berlaku. CLEARKAN HINGUSNYA. Itu sahaja. 1. Guna sterimar, spray di kedua belah hidung. Spray 2 saat. Stop. Tunggu 1 minit. 2. Ambil penyedut, sedut kedua belah hidung baby. Kalau hingus yg keluar kelihatan pekat sungguh, proceed buat neb. 3. Neb gunakan solution normal saline saja. Air garam. Lebih selamat. 4. Buat percussion pada baby. Boleh tgk youtube. 5. Ambil penyedut, dan sedut. Dalam kes dimana doctor beritahu hingus banyak dan terlalu banyak dan pekat, doctor akan suggestkan neb menggunakan solution Salbutamol. Dipendekkn cerita, setelah mendengar penjelasan Dr Fazilah, saya terus berubah jadi mak terpaling poyo. Bukak shopee, beli sterimar 2 3 botol. Beli penyedut hingus yg macam brand nose frida tu (dah beli beberapa jenis penyedut. Beratus2 habis. Last2 paling efektif ialah penyedut murah yang kepala warna biru bentuk macam pensel tu. Pastu saya beli juga mesin nebulator brand sama macam yg saya nampak Klinik Anda pakai. Pastu saya beli mesin sedut kahak seperti di klinik juga. Sebab ini semua adalah alat2 yg digunakan di hospital bagi membantu mengeluarkan hingus dan kahak aiyub yang memenuhi ruangan pernafasannya. Mahal. Ikat perut juga waktu tu. Demi anak. Alhamdulillah. Setiap kali nampak tanda2 Aiyub nak selsema, saya terus buat rutin2 yg doctor ajarkan pada saya dengan menggunakan setiap alatan tu. Tapi yang paling kerap saya gunakan hanyalah Sterimar dan penyedut hingus berbentuk pen tu. Alhamdulillah tiada lagi episod hospital admission untuk Aiyub. Naudzubillah. Janganlah.. Satu lagi yg sy belajar ialah, "bila kita mulai merasa ada suatu tak kena dgn anak kita, biarpun semua orang cakap takde ape2, pleaseeee follow ur guts feeling. Pergi saja ke klinik / hospital untuk dapatkan pemeriksaan. Biarlah orang kata kita ni mak terpaling or mengada2 ke apa. Percayalah naluri keibuan anda. Saya dah lalui itu tapi berkali2 saya tak turutkan sebab ingat kononnya drama, dan sebab orang lain cakap takde ape. Menyesal saya. Ingat ya mak mak sekalian. Follow naluri keibuan anda. U know ur child better! Attachment: Gambar 1: Aiyub masa dalam incubator di Hosp Serdang. Gambar 2: Sterimar ni wajib ada. Beli sterimar baby. Pastu untuk alat penyedut, yg jenis pen ni ialah yang paling EFFECTIVE berdasarkn pengalaman sy. Asal2nya di rekomen oleh Prof Dr Musa, pakar dari KPJ Damansara. Pastu sy dh jmpe alat lebih kurang sama tp dgn harga lebih murah kt shopi, sy beli ygtu je. 1st time mom, belilah yg proper, dalam bekas tu. Senang skit nk simpan. Hehe.
Read more