Baby main air liur

Org tua2 ckp klau anak menyembur air liur ni rambut ibu nya gugur. Tak tau la kbtulan ke mmg betul ke sbb anak skrg tgh fasa menyembur air liur and rambut mmg gugur teruk smpai ada bhgian dah botak. Hadehhh stress ibu 😩😅

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Mitos la. Baby main air liur sbb nak tumbuh gigi dan nak bercakap. Rambut gugur, kalau lepas 3 ke 4 bersalin,memang gugur teruk sbb hormon estrogen berkurangan slps bersalin . Cari shampu dan conditioner sesuai. Potong rambut pendek supaya tak stress tengok banyak gugur. Fahamkan suami dan famili supaya tak marah rambut gugur kat katil, rumah, bilik air. Nanti 2 ke 3 bulan jika guna syampu sesuai, anak rambut tumbuh dan rambut tak sekata tu biasa.

Baca lagi
10mo ago

boleh try megumi sis... sy pkai tu.. rmbut kurang gugur

mitos je tu sis ..kdg bila kita menyusu badan memg kita kekurangan zat ,anak makin besar makin banyak zat kita yg dia ambil so kbetulan dia start main air liur n mamy pun keguguran rambut .. sbab sya mnyusu ank slama 1thun 4bln mmg rmbut kering slalu ggur bila stop je susu bdan trus rmbut tk ggur tk kering

Baca lagi

Perubahan hormon sis.. kalau xsilap sy baca hari tu sbb thyroid kita.. rambut sy pun gugur teruk ni, sekali sikat, segumpal luruh kebetulan mmg anak gatal gusi nak tumbuh gigi dan baby dh ada keinginan oral nak mkn..sbb tu air liur dia pun sakan keluar

Takde kena mengena sis. 😃 tu sebab hormon. Orang dulu2 kan semua benda nak dikaitkan. Mungkin ikutkan hormon ibu2 lepas bersalin, lepas 3-4 bulan rambut akan gugur. Time tu juga lah baby mula menyembur.

Tak la. hormon kita masih tak stable. sy pon gugur teruk. sy perasan bila anak 1st masok usia setahun lebih rambur sy dh tak gugur teruk. kemudian pregnant 2nd baby. 2nd baby masok usia 3m start gugur balik😅

10mo ago

Mungkin jugak tu. Taktau nak buat mcm mana dah. Makan supplement utk rambut tu je la, harap2 membantu la kurang kan gugur ni 😮‍💨

Entah. Bg sy tu mitos sahaja. X de kaitan. Tp itulah org dulu2 ckp mcm tu. Sy anak dah 2 tahun lebih, x main air liur pun, rambut sy gugur teruk sbb sy guna perancang.

10mo ago

sama jugak dengan saya sis..rambut ggur terok sangat

saya 4 bulan lepas baby lahir rambut teruk sangat gugur. rambut tebal tebal jadi nipis je. pastu lama lama kembali ke asal balik. don’t worry.

Ha ah sis, masa awal start menyembur mmg bnyk gugur rambut haha tp skrg even masih menyembur tapi dah kurang dah gugur. Dlm 3 bln la.

10mo ago

Haha lama jugak ehh. Habis la botak ibu dia ni 😂

Rambut gugur sbb hormon,sbb tu dr suruh kita continue amek acid folid yg kita makan masa mengandung…

sya ank start sembur rmbt gugur gla.. skrg pon msh ggur dh 5 bln pon gugur jga