Ilmu Ttc : OPK

OPK (Ovulation Predictor Kit) Jue Naqayla Spa·Saturday, 11 May 2013 *INFO 1* Soalan-soalan yang selalu ditanya oleh TTCIANS yang ingin menggunakan OPK (Ovulation Predict Kit) untuk mengesan waktu subur/ovulasi Dimana nak beli OPK: Farmasi (agak mahal), online (lebih murah) *Syarat sebelum menggunakan OPK* : - Perlu puasa air sekurang-kurangnya 3 Jam sebelum ujian dilakukan. - Seeloknya ujian dilakukan pada sebelah petang ujian boleh dilakukan. (valid 11am-8pm) Contoh : Sekiranya nak buat ujian pada jam 3.00 petang. Pukul 12.00 tengahari last minum air ye... *Cara guna OPK* : Celup dalam urin selama 15 saat (atau mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh setiap brand OPK yang anda beli). Pastikan tidak mencecah garisan yang terletak pada OPK. Kemudian biarkan OPK secara terbaring dipermukaan yang rata---> Penggunaan sama seperti UPT strips. *Cara nak lihat* : Negatif : Bila line T (test) tidak ada atau kabur dari line C (control) Positif : Bila line T sama terang atau lebih terang dari line C. *Bila Ovulasi (ovum @ telur keluar dari ovari) berlaku?* : Selepas 12-48 jam bila OPK yang terakhir positif. Anda digalakkan bersama suami untuk memastikan sperma sempat bertemu ovum setelah opk positif kerana sperma boleh bertahan/hidup di dalam rahim/uterus kita sehingga 5 hari. Sila ulangi ujian OPK sehingga negatif semula! Supaya kita dapat pastikan ovulasi telah berlaku. MENGAPA? Kerana OPK mengesan hormon LH. LH adalah hormon yang berfungsi untuk mengeluarkan telur yg matang dari ovari. LH akan tinggi sebelum ovulasi berlaku.Setelah ovulasi berlaku, hormon LH akan menurun kembali. Jadi OPK akan negative semula. Umpama gelombang ombak yang besar untuk ‘push’ telur keluar! Mengapa OPK masih ada double line ? : Kerana hormon LH akan sentiasa ada dalam badan. Jadi itu sebabnya opk akan selalu ada double line. Penentu positif atau negatif adalah berdasarkan keterangan line T. LH akan tinggi/puncak/peak sebelum ovulasi berlaku. Pada saat inilah OPK POSITIF.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Thanks sharing. 😁👍