Antara kedua-dua ini, mana satu pilihan ibu?

Jom kongsikan bersama kami kenapa anda memilih jawapan tersebut
Jom kongsikan bersama kami kenapa anda memilih jawapan tersebut
Voice your Opinion
Melahirkan anak secara normal
Melahirkan anak secara C-section

1309 respon

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

bagi pendapat saya,saya lebih suka lahir anak secara normal sebab ada pengalaman lahir anak sulung secara normal dan anak yg kedua czer.walaupun lahir anak sulung girl lahir secara normal dan terpaksa jahit bawah atas sebab anak hampir lemas,namun itu semua sakit sementara walaupun pergerakkan terbatas.Dan bila jahitan dijaga dgn rapi,dipantau oleh nurse yg datang melawat ke rumah..pastinya luka jahitan cepat sembuh sepenuhnya dan pergerakkan boleh kembali normal seperti biasa Tapi lain keadaan dengan bersalin secara c-section/czer.Anak kedua boy,lahir 11/04/22.lahir czer sebab ada ketumbuhan fibroid yg saiz besar yg boleh menghalang laluan baby keluar.Doktor bagitahu,kepala baby sahaja yg boleh keluar tapi tidak bahu baby sebab baby besar..2.8kg.Jadi utk tidak membahayakan baby doktor suggest lahir secara normal.Maka serah diri sehari lebih awal.Selepas lahir baby pagi 11hb tu,habis saja czer dan saya baru tersedar dari mamai ubat bius maka disitu bermulanya kesukaran yg saya alami selepas ubat bius hilang.Saya muntah non stop sampai menangis dekat katil.Tapi nasib baik ada seorg sis yg tengah sarat jalan² depan katil saya,bantu saya panggil nurse utkbagi plastik agar memudahkan saya muntah.Bukan situ sahaja,nak bergerak ke tandas yg cuma beberapa inci dari katil pun ambil masa hampir 10minit.tu belum lagi nak ambil barang yg sebelah katil&dlm almari.Sengsaranya saya masa tu hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.Masuk hari ke-4,dipindahkan ke wad biasa yg lebih jauh dari tandas.Ya Tuhan..bergerak nak ke tandas sangat² lama.Nasib baik baby tak meragam masa tu sebab tidur lena lepas menyusu.Sampai tandas,nak teran masa berak sangat² sakit sebab memang dah lama sembelit.Mungkin sebab air kurang minum dan kurang makan sayur.Makanan di wad bukan sedap sangat pun masa tu walaupun Hospital Tunku Azizah,HKL..bukan servis biasa² macam kat hospital kerajaan yg lain. Hari ke-5 baru dapat balik,baby kena tahan wad sebab kuning/jaundice.kena on lampu 24jam.Masa lepas discharge hari ke-5,misi tolak dgn kerusi roda terus ke tempat parking tanpa saya sempat berjumpa doktor.Nasib baik misi di wad saya call,kata kenapa tak jumpa doktor dulu sebelum balik sebab ada ubat utk doktor terangkan penggunaannya dirumah.Saya jawab ,saya pun pelik sebab ada misi yg ambil saya masa tunggu doktor utk ambil ubat.Lepas tu suami balik semula ke wad ambil ubat.Haa start dari tu,dlm perjalanan balik rumah jalan jamed,azab kesakitan tu pun bermula.Sakitnya tubuh saya masa tu hanya Tuhan saja yg tahu.Saya menangis suruh suami bawa slow².Suami dah bawa slow pun tetap sakit sangat².Keesokkannya,saya menangis teruk.Suami tanya,ada makan dan disuntik ubat tak masa sebelum discharge semalam.Rupa² nya,saya tidak diberikan ubat sepertimana hari kebiasaan ubat yg misi beri pada saya(ubat tahan sakit)utk dimakan tapi tidak diberi semasa saya discharge.Jadi,suami cepat² ambil beberapa ubat&suntik paha saya..start dari hari tu,saya dah tak rasa sakit dan pergerakkan lebih terbatas dari bersalin normal.Nak ketawa,batuk,cakap² kuat..semuanya kena tahan.Hanya org bersalin czer yg faham keadaan nie. Ini pengalaman saya,lain org lain pengalamannya.Mungkin ada org tak rasa susah bersalin czer dan susah bersalin normal.Saya melalui pengalaman pahit bersalin czer sebab tu saya kata,saya lebih suka memilih bersalin normal berbanding czer. Tapi apa²pun yg kita lalui hari ini,baik bersalin normal or czer..yg penting baby lahir dgn selamat dan cukup sifat😇

Baca lagi
3y ago

maaf salah taip😅nak edit tapi dah tak boleh dah..hehe..utk anak kedua(boy)doktor suggest bersalin czer.bukan bersalin "normal" seperti yg saya taip diatas..hihi