Walker

Hi.. Nak tanya.. Umur baby berapa boleh letak di walker ya?

37 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Kalau nk bagi pakai walker, better lepas anak pandai merangkak dan duduk sendiri. Kalau kita bagi terlalu awal, nanti kita akan melambatkan perkembangan baby. Based on experience saya, anak saya cepat sangat meniarap, pusing badan. Tapi husband saya nak letak dia dalam walker terlalu awal, dalam umur 4 bulan (sebelum dia merangkak sendiri), perkembangan anak saya jadi lambat sikit. Sedangkan masa awal2 dulu, perkembangan dia cepat. Sebab selalu naik walker je, 7 bulan baru dia start merangkak sendiri. 10 ke 11 bulan baru dia start berdiri dengan berpaut. Tapi sampai sekarang (umur 1 tahun 1 bulan), dia belum boleh berjalan sendiri. Dia berjalan pun 1 - 2 langkah lepas tu duduk semula. Anak2 kawan saya yg sebaya dia, dah bukan main laju berjalan sendiri. Memang setiap perkembangan baby tak sama. Tapi saya suspect 1 of the reason anak jadi lambat sikit berjalan, sebab awal sangat letak dalam walker. Sepatutnya guna walker bila dia dah pandai merangkak dan duduk sendiri.

Baca lagi
2y ago

Atas budak jugak kot sis , kakak saya letak anak dia dalam walker umur 4 bulan jugak takboleh merangkak lagi just meniarap. Sorang 9 bulan dah boleh berjalan sorang lagi 11 bulan .

VIP Member

Semua anak saya tak pernah guna walker..tapi paling awal bjalan msa umur 11 bulan. Boleh je kalau sis nak guna walker untuk bayi tapi make sure waktu dia umur dia dah pandai berdiri. Kalau nak guna walker, sis pastikan jaga anak dan jangan beri dia jalan sendiri. Ada bayi yang maut guna walker kerana ibu bapanye tak jaga baik. walker juga tidak boleh diguna lama kerana tak nak baby terlalu bergantung kepada walker masa nak jalan bebas.

Baca lagi

sy bg anak walker bila dia dah merangkak dan boleh duduk. selalunya letak dia utk sy rehat2 dan buat kerja kejap. alhamdulillah, perkembangan dia sangat baik dah masuk setahun lebih ni. jalan pun laju . makin banyak akal 😂

bila anak dh boleh duduk tegak sndiri, baru sy pakaikan walker..biasa sy msukkan dia dlm walker time sy msak,mngemas atau time bagi makan jek..selain dari tu sy biarkan dia kat bwah utk merangkak jek.. ☺️

Ank saya umur 9bulan baru bg duduk walker. A tleast bila dia dah pandai duk sndiri diri sendiri. Tak berani nak bagi pakai walker tp saya guna pon nk mudhkan kje saya je

Jangan bagi anak naik walker terlalu awal. Tulang kaki dia tak kuat lagi. If nak bagi bayi naik walker pun seeloknya 6 bulan ke atas. Masa dia dah pandai duduk n diri sendiri.

VIP Member

Saya tak bagi anak saya pakai walker, just crawling je. Tapi kalau nak guna walker, umur 6-7 bulan ke atas dah boleh naik walker dah. Kalau boleh jangan kerap sgt la

Saya ada baca tentang penggunaan walker x elok untuk baby.. Sis bole cuba google..Umur bayi yang sesuai nak guna walker ni bila dia dah pandai diri better la

Umur bayi kalau nak pakai walker 6 months ke atas okay lah sebab dia dah pandi berdiri sendiri. And jangan kerap pakai pengggunaan walker bayi ni, tab elok.

8 bulan ke atas... Nampak badan dia dah kuat tegak macam nak berdiri baru letak.. Kalau tak jangan letak nnt membongkok dan tak bagus utk tulang belakang.