masalah payudara
nak tanya , sis kalau takde puting susu macam mana ye nak susukan baby puting dekat dalam 😞 sis risau la tak dapat susu kan baby . sis dah 39 week tunggu hari je ni
Normal je sis. Takda masalah pun. Sis masih boleh menyusukan anak seperti biasa. Jangan risau ya. Memg kebanyakan ibu puting agak tenggelam. Sy sendiri pun puting sebelah kiri tenggelam. Nanti sis boleh gunakan NIPPLE PULLER ni tuk tekap pada puting dan pump slow² nanti puting perlahan akan tersembul untuk mudahkan penyusuan. Biasanya kalau beli breast pump ke memg ada sesetengah brand bagi gift nipple puller ni. Kat shopee pun ada jual murah je. RM2/3 tak silap sy Nipple puller dan Nipple shield berbeza ya. Jangan keliru. Nipple puller untuk tarik puting keluar. Kalau Nipple shield untuk melindungi puting daripada luka sewaktu proses penyusuan. Proses penyusuan pada Aerola. Bukan pada puting. Puting tu fungsinya nak bagi aliran susu keluar je.
Baca lagimasa bt buku pink,misi akan cek keadaan bdan kita. siap pegang breast & tgk keadaan nipples kita lg. dia xbuat rutin tu ke sis? patutnya kalau pt ada masalah ni,dia blh bg advice.
Hi sis. Saya ada ebook yg ada ajar cara menyusu dengan keadaan puting kedalam/flat nipple. Kalau nak nanti tinggalkan email atau no nnt saya boleh share kan ☺️
Memang selama ni macam tu atau baru baru je jadi? Pernah tanya doktor tak before ni?
Kalau gitu kena refer doktor sebenarnya. Atau boleh juga tanya nurse kk kalau ada yang tahu teknik untuk susukan baby dengan puting kedalam. Sebab keadaan macam tu ada teknik tersendiri yang kena belajar. Benda camni tak perlu malu, kita nak bagi yg terbaik untuk baby kan. Boleh juga cuba tengok dulu youtube cara susukan baby bagi puting kedalam.
Ni untuk perlindungan puting payudara supaya tak luka waktu susukan anak.
Ni penarik puting jika puting jenis tenggelam