Perut Bump

Nak Tanya Normal Ke Kalau Dah Masuk 13week Tapi Perut Tak Nampak Lagi Bump Dia , Nampak Macam Perut Biasa Jee . Takda Pengalaman Lagi First Baby ?

115 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Tahniah atas kehamilan anda. Untuk makluman puan, puan tidak perlu bimbang jika “baby bump” atau benjolan kehamilan masih belum kelihatan. Hal ini adalah kerana, benjolan ini muncul bergantung kepada pelbagai faktor seperti bentuk tubuh seorang wanita, saiz bayi, jumlah bayi dalam kandungan, genetik, dan lain-lain. Sesetengah wanita mempunyai benjolan yang lebih jelas, sesetengah benjolan kehamilan bagi wanita yang lain hanya muncul apabila mereka mencapai trimester atau minggu-minggu akhir kehamilan, dan ada juga wanita yang tidak begitu jelas benjolan kehamilannya sehingga mereka melahirkan. Perkara ini biasanya adalah normal, yang penting anda sentiasa mematuhi jadual pemeriksaan antenatal yang disarankan pihak klinik kesihatan atau klinik ibu mengandung yang lain. Hal ini adalah bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang berlaku seperti bayi yang kecil dari usia kandungan, bayi yang terlalu besar, air ketuban terlalu kurang atau lebih dan lain-lain yang boleh mempengaruhi saiz benjolan kehamilan anda.

Baca lagi