function ?
nak tanya lah . apps ni untuk kongsi pasal mengandung ,checkup ,buku pink, perkembangan baby atau boleh kita berkongsi masalah juga?

Pada saya ok je ibu2 tu nak luah perasaan. Nak cerita psl mak mentua or suami. Atau apa2 je. Kadang menarik juga untuk dibaca. Emosi masa mengandung ni tak stabil. Biasa la tu. Semua perempuan mengandung alami perkara yg sama. Bila baca masalah2 yg dipost psl suami atau apa2 je selalu terfikir bila aku rasa aku ada masalah yg besar, rupa nya ada orang yg menghadapi masalah lebih besar dari aku. Jadi selalu muhasabah diri dan bersyukur ujian kita tak sebesar ujian orang yg lain. Mungkin sis tak ada masalah suami malas ke, suami curang ke, mak mentua jenis memilih menantu je. Sis tak alami situasi tu. Tapi org lain kat luar sana ramai yg lalui situasi tu. Jadi dengan apps ni je dorang boleh luahkan isi hati sebab dalam ni kita tak mengenali antara satu sama lain berbanding dalam fb yg selalu nya friendlist kita adalah kalangan keluarga terdekat, kawan2 rapat. Jadi kalau post isi hati dekat situ lebih cepat orang2 dalam tu dapat tau sebab kenal.
Baca lagi


