Luahan. Salah saya ke?

Nak meluah je sebab sangat terasa sampai saya menangis sakit dada. Sakit sangat. Saya dan suami pjj 400km++ dah kawin setahun lebih dan dikurniakan bayi perempuan sekarang umur 3 bulan. Sepanjang 1 tahun lebih perkahwinan saya, tak lebih 2 jari tangan dia balik. Saya pergi ke tempat dia dalam 5 kali, lepas pregnant tak pergi dah sebab alahan teruk sangat. Sebelum saya pregnant lagi lah, 3/4 bulan skali balik. Time pregnant 9 bulan, 3 kali dia balik yg ni dia buat alasan nak kumpul cuti dan duit. Saya terima sebab dia sorang je kerja, saya duduk dengan parents saya dan saya menjual from home (open order, masak dan hantar). Husb saya, tak boleh, tak nak dan tak akan naik bas. Dia rela drive. Tapi disebabkan dia yg nak drive bila balik, dia jadi jaranglah balik sebab alasan penat. Anak saya dah 3 bulan, dah sebulan lebih tak balik. Dia nak balik cuti merdeka, kiranya lebih 2 bulan lah dia tak jumpa anak. Saya ni kat rumah menjual, memasak, jaga anak, dahla anak first, nak biasakan hidup dengan anak sorang 100% saya yg jaga memang effect mental saya. Bila penat saya akan jarang mesej husb saya sbb saya takut saya melenting dan marah dia. Dua hari lepas, anak dia meragam, taknak tidur, nangis2 tak berhenti sampai saya pun ikut nangis. Nasib baik mak saya perasan dan ambil anak saya dan bawak jauh drpd pandangan saya. Time tu jugak MIL saya ws saya suruh balik dan duduk rumah dia instead of duduk rumah parents saya. Seminggu sebelum saya beranak, adik bongsu saya meninggal. Mak saya memang tak boleh duduk sorang dalam rumah ni sebab akan teringat dan terbayang adik saya tu, jadi saya dan anak saya lah jadi peneman. Ayah saya jarang di rumah sebab dia kena bahagikan waktu untuk 2 orang isteri :) Jadi bila MIL saya ws time tu, saya macam nak meletup. Saya ws suami saya, cakap mak dia ws saya suruh pergi rumah dia siap offer nak ambikkan lagi. Saya cakap, "kalau awak takde sekali saya taknak pergi rumah MIL". Ni malam, tiba2 esok pagi dia cakap weekend ni dia nak balik. Saya kan, tiap minggu merayu bagai nak gila nak dia balik, tengok anak, tengok bini dia ni yg macam nak gila jaga anak sorang2, sekali mak dia call dia cakap rindu cucu terus nak balik????? Sakitnya hati saya sampai saya mengamuk balik phone kat lantai. Sampai harini, saya dan husb saya masih bergaduh. Tak pernah dia nak mintak maaf ketiadaan dia disisi anak saya sebagai ayah. Saya kesian tengok anak saya, lama tak didukung dipeluk dicium ayah dia. Tiap kali saya merayu dia balik, dia marah saya balik. Saya yg selalu mintak maaf. Kalau dia mintak maaf, sejuk sikit hati saya, tp dia marah saya balik sebab taknak balik rumah MIL tanpa dia.

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

hug tt kuatnyaaa akak hadapi ujian ni.. tp kan.. ish apa plk suami je yg kerja akak tk kerja, tuu jual itu ini pergi sana sini tu duit keluar masuk juga kan. dan tempat isteri disisi suaminya. usahakan duduk sekali.. betul kita ada mak tp tempat kita dgn suami. tanpa redha suami doa kita pun tersekat kak.. dan jgn ambil tugas suami. ni pesan utk yg belum kawin : bincang dulu lepas kawin nk duduk mana. kalau laki duk rumah sdri tp ada je alasan utk delaykan duk sekali, baik la bincang elok2 sebabnya knp dan kalau alasan tk masuk akal tu, angkat kaki je la sblm kawin.. not worth it la. lelaki yg normal akan excited nak berkepit dgn bini hari2. kalau kena pjj pun tiap minggu panas punggung tk jd kerja kena balik jgk..

Baca lagi
3mo ago

Suka pesanan utk yg belum nikah tu. Masa bakal suami saya jumpa keluarga saya, kak ipar saya yg tanya soalan yg sy dan bakal suami tak terfikir untuk berbincang iaitu nak duduk mana? Dah cari rumah? Yg kami bincang, tak nak duduk dgn keluarga masing-masing. Nak duduk mana, cari rumah belum lg. Lepas dah kena ambush dgn soalan tu, terus kami cari rumah. 😇 Dan saya ikut keputusan bakal suami, dan biarkan dia lebih buat keputusan dlm penyediaan rumah sbb tu memang tanggungjawab seorang suami/ bapa.