Etika Jururawat
Just nak berbagi pengalaman sedih. Masa saya melahirkan anak saya Khamis lepas dengan kaedah LSCS Caesar. Inilah last pengalaman beranak saya yg sedih jugak la. Masa masuk labour room, hati ni sedih sgt. Rasa lain mcm sgt. Selalu zikir. Minta Allah bantu mudahkan. Kena suntik tulang belakang, paling ngeri bila asyik salah cucuk jer. Saya tak pasti tapi saya rasa ada kot 5 kali kena cucuk tulang belakang. Huhuuuu. Allahuuuuu.. sakitnya bukan kepalang. ? Lepas dah habis semua, baby dah selamat dikeluarkan. Then,dihantar ke wad maternity dan direhatkan berbaring selama 6 jam. Lepas 6 jam tu, saya alami muntah yg teruk. Sakit kepala yg sangat sangattttt teruk masa tu. And Dr Pakar kata itu kesan ubat bius. Then, tiba masa nurse tukar buka baju saya yg kena muntah tadi dengan agak sedikit kasar. Masa tu, saya tambah air. Dua2 tangan kena cucuk. Dalam hati, kasarnyaaaa. Then, tiba pulak pertukaran shift. Ada sorang ni nurse kira2 30an usianya. Masa tuuuu.. Huhuuu ??? Saya minta bantuan. "Nurse,boleh bantu ambilkan anak saya, saya nak susukan dia". ? lama dia jeling saya dan cakap. "Ambil sendiri, bangun lah. Jangan terlampau manja lah" (sambil mata dia jeling2 saya) Ya Allah, sedih saya bila dengar seorang nurse cakap dan buat perangai macam tu. Apakah itu etika seorang nurse? Dan 1 lagi, apa salahkah kalau saya minta bantuan dek kerana saya belum dapat bangun dengan betul kerana pening kepala dan muntah? Kejadian ni di Hospital Sibu Sarawak baru2 ni. Saya ingat orang nya tapi saya tak tahu nama dia. Nurse berbangsa Iban. Masa tu dia kerja shif malam. ? Kisah Pengalaman Dengan Seorang Jururawat Yang Tidak Bertanggungjawab.
3x Caesar LSCS