MINTA MAAF DAN ULANG

Mungkin sampai suda masanya sy membuat keputusan yg terbesar dalam hidup sy, tidak mempunyai suami lebih menyenangkan daripada hidup bepuluh tahun dengan org yg salah . Sy sedar sy mmg bukan perempuan yg menyenangkan mata lebih2 suda mempunyai anak, tapi setidaknya hargailah sy yg ada didepan mata, biarpun kau tidak pernah memberi sy kejutan kecuali ketika sy mengandung kau membelikan sy sebuah iphone, mungkin itu permulaan yg baik tapi setelah itu kehidupan pantas berubah, ternyata kau penipu. Dan berapa kali kedapatan berwatsap dengan perempuan lain ketika sy berpantang, sy izin kan kau join maxim utk mencari pendapatan lebih, tapi dlm masa yg sama ada perempuan lain dan kami kerap kali bergaduh dan mungkin itu laa menyebabkan sy ada sedikit masalah kemurungan, tetapi sy telah memberitahu dia bahawa masalah itu dan menyuruh dia berubah, dia berubah hanya sekejap utk seminggu paling tahan perubahan hanya seminggu selepas itu ulang lagi dan sikap itu makin menjadi2 sehingga memeras ugut beberapa org luar untuk wang, sy juga menegur tentang itu tapi malah di padam whatsapp mereka, sepertinya allah memanggil sy untuk melihat segalanya . Instinct isteri mmg tidak pernah salah dan sy sangat terkilan dengan perbuatan dia. Sekarang kami mmg ada masalah kewangan sy menasihati dia agar bepada pada laa mengunakan wang, dari wang bisnes kecil kami sehingga gaji hingga lah kwsp seperti air digunakan untuk hal2 yg tidak penting, anak kecil kami kerap sakit , dia (suami)seperti tidak berfikir untuk masa depan dia, malah menghutang dengan kawan sy sendiri 2biji jam gshock, sy hairan kenapa sampai 2 biji jam? sy malu dengan perbuatan dia, dia padam semua chat yg ada tapi sy tahu semuanya. Kawan sy kerap menagih hutang jam itu, hingga sy laa yg bersuara dan memberitahu keadaan sebenar dan kawan sy memberi masa utk membayarnya, jam itu dia telah beritahu sy tidak akan membelinya, ternyata dalam diam dia ambil 2 sekali gus, sangat terkilan rasanya , setiap kali bekerja dia tidak akan pulang awal melainkan sy berkerja pada hari yg sama seperti ada yg tidak kena dengan dia. Dia mungkin jenis cepat terpengaruh dengan apa yg kawan2 dia miliki? Dan tidak sedar dimana kemampuan dia. Kawan2 patutkah sy ke pejabat agama dan meminta penceraian Khulu? Kerana sejauh ini suda tidak ada perubahan? Dan membuat sy bertambah sakit , sy tidak berniat mengaibkan pasangan sy, sy hanya meminta pendapat adakah patut sy ke pejabat agama. Dalam rumah ini teda tempat untuk sy meluah dan ada adik beradik tapi sy tidak dpt meluahkan keapda mereka kerana mereka sering sibuk dengan hal sendiri

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy tumpang simpati dgn masalah sis. setiap prkahwinan tdk lekang diuji masalah sperti kewangan, org ketiga, kesihatan dsbgnya. sblm mbuat apa2 kputusan yg besar, pastikan sis (bersama suami lbh baik) mdapat nasihat atau kaunseling dr jab agama, org tua2 yg berwibawa (matang dan tdk memihak sblh pihak shj) sperti ibubapa/saudaramara atau pakar kaunseling (hospt/talian hotline - boleh google) dll. slow talk dgn suami perasaan sis, cara2 mengatasi masalah skg dan apa perancangan sis sekiranya suami tdk mberi kerjasama dan msh berterusan dgn keadaan skg. kdg2 ada lelaki lambat matang dan ada jg yg terperangkap dalam krisis pertengahan umur (midlife crisis) seawal umur 30-an. boleh google utk info lanjut berkenaan mlc ni. what ever happen, dont let this situation make u a BITTER PERSON. anda berhak gembira, tenang dan bahagia lg 10 tahun kedepan dan seterusnya. Fokus pada kesihatan sis dan anak, susun perancangan masa depan sis. kita wanita ni sebenarnya kuat (terbukti dr masa kita mengandung, melahirkan dan membesarkan anak dhn kudrat wanita). Dengan atau tanpa suami, kita perempuan sebenarnya boleh survive. Hug for u. Be strong! u can make it.

Baca lagi

kalau Allah gerakkan hati puan utk datang ke pejabat agama, puan pergi. kalau terjadi pada sy pun sy akan lebih memilih utk pergi pejabat agama drpd mintak pendapat dgn keluarga sendiri atau keluarga suami. buatlah semampu puan utk bela nasib puan & anak. sama ada suami nk beri kerjasama utk dtg pjbt agama atau tidak itu blkg kira yg penting puan failkan shj kes. buat masa ni yg paling penting, puan kumpulkan je bukti perbuatan suami puan utk rujukan pjbt agama. dapatkan semua rekod phone call ke, screenshot ke, resit/gambar kalau dia beli lagi benda x penting, atau apa shj la yg boleh dijadikan bukti. utk kes puan ni, puan bukak la satu akaun rahsia utk simpanan kecemasan hasil dari bisnes tu, menyimpan sikit2 pun xpe. apa2 jd dkt anak puan boleh jgk guna duit emergency. sy doakan agar puan mendapat pembelaan yg sewajarnya & segera peroleh jalan keluar. Aamin

Baca lagi