coklat
mummy smua.. coklat bantu naikkan hb juga kan? sbb hjung minggu lepas sy g labuan tp lupa bawa Obimin. tp banyak makan coklat. lusanya sy klinik, mlm sblum lusa sy makan obimin jga 2biji. cek hb, hb sy tinggi.

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, coklat, terutamanya dark chocolate mengandungi cocoa yang merupakan salah satu bahan yang mengandungi zat besi. Ia juga mengandungi soy lecithin yang juga mengandungi zat besi. Namun begitu, kandungan zat besi dari pengambilan coklat sahaja tidak cukup untuk membekalkan zat besi untuk memenuhi keperluan anda. Selain itu, sesetengah coklat juga mengandungi kadar gula yang tinggi. Oleh itu, anda tidak disarankan untuk mengambil banyak coklat semata-mata untuk meningkatkan paras hemoglobin anda. Terdapat banyak lagi pemakanan yang boleh menyumbang kepada sumber zat besi dalam diet anda seperti sayuran berdaun hijau dan kekacang. Anda juga disarankan untuk mengambil tablet seperti obimin atau zincofer yang mengandungi zat besi dan vitamin lain untuk membantu memenuhi keperluan zat yang lebih tinggi ketika hamil. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi


