Kena admit awal 2 minggu

Hi mummies, nak tanya skit pendapat. Sy due 17/4 tapi doktor dah suruh admit esok. Masa doc check pun cakap semua normal, baby pun okay, kepala baby pun dh hala ke arah bawah. Tp pelik sbb apa admit awal. Sy ada GDM. So dlm keadaan mcm ni mmg doc suruh beranak awal atau admit sbb nk pantau ja? Minta pendapat mummies yg ada pengalaman mcm ni please. Thank you in advance

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kes saya pulak due 14/4. Doktor pakar hospital sebelum tu ada mention boleh bersalin ikut due & kena serah diri kalau tiada tanda2 sehari sebelum. Tapi hari Ahad 31/3 masa 38weeks doktor check air ketuban saya 7 dan saya perasaan baby gerak slow ngam2 masuk 38weeks tu. Maybe sebab perut dah padat sangat. Saya GDM on diet. Nak tak nak, terus doktor suruh saya admit ward. Sekarang tengah induce. Dah induce ke3 pun masih kecik sangat bukaan & takde rasa sakit😞 Last option kena czer after induce drip (yg ke4) Sekarang tengah meredha kan hati… Awak bincang elok2 dengan doktor. Kalau semua ok, tak mungkin doktor suruh admit tanpa sebab kukuh. Doktor tak boleh paksa kita admit. Macam saya haritu ikutkan saya taknak admit, saya cakap saya boleh pantau baby gerak kat rumah. Tapi doktor cakap, risiko sendiri since air ketuban dah kurang. Even cuba minum air kelapa pun, tak semestinya air ketuban boleh tambah dlm masa terdekat. Yg dalam perut tak nampak, jadi taktahu keadaan baby kecuali kena scan & khidmat doktor pakar. Haritu drama betul siap kita nangis sebab tak ready nak admit & induce😂 satu lagi reason doktor cakap, baby pun dah matang 38weeks tu, dan saya dikira precious baby sebab usia kahwin 5tahun. Dia taknak amik risiko.. Awak bincang elok2 ya, insyaAllah doktor dengar je kita punya ulasan.

Baca lagi
7mo ago

kalau saya pengalaman anak pertama Warded awal sebab air ketuban dah kurang. doctor masuk induce ubat dlu,takde jalan buka masuk induce baloon dah buka 5cm,masuk labour room.last sekali induce drip (induce paksa) tak bertambah jalan buka doctor buat emergency czer

Saya pun kena serah diri 38w sbb gdm on ubat. 5hri kena warded kena induce pill 1 kali,induce belon 1 kali. Bukaan cuma 3cm jer. Hari keenam kena pecah ketuban. Dah lebih 12jam, bukaan hanya 4cm jee. Terus kena emergency czer. Sambung kena warded lgi 4hari sbb baby kuning

Sya due 16/4 , tapi klau x beranak jugk 22hb kne serah diri .. bru hrini kaki bengkak , xde gdm ,kali kdua prgnant ni alhamdulillah .. klau ade dgm biase dokte suh bersalin awal ,tpi xde plk kne admit awal , sy dulu kne drah tggi + gdm trus admit awal 2 mnggu

Awak GDM apa? On diet atau insulin/med? On diet doktor bagi masa sampai due date kalau takde apa2 masalah kesihatan. On insulin/med, 38 weeks dah kena serah diri. Kalau waktu ni awak takde tanda2 bersalin lagi, doktor akan induce

Baca lagi
7mo ago

I see. Yup kena induce kalau takde tanda lagi. Melainkan doktor ada beritahu yang baby awak terlampau besar atau awak ada masalah kesihatan lain yang tak boleh buat awak bersalin normal. Doktor akan proceed untuk C-sec terus tapi yang ni selalunya doktor akan inform awal. GDM on med memang tak boleh lebih 38 weeks.

sama sis..sy pun ikut due 17/4 tp hari ni 2/4 kna serah diri.doc kat klinik kk ckp smua ok cuma kna admit awal sbb gdm..doc kk x xplain btl2 so sy x fhm sgt..apapun tawakal jela..dmoga slamat ibu n bby

haah laa awak.. sama laa mcm saya 2 minggu lgi dh kne adwid ward 22/4 emm, saya ada gdm, lpstu dr ckp semua ok, bby ok.. risau pulak saya

klau ada gdm memang kene serah diri awal

induce hari yg sama ke sis msa admid