Bila next appointment KK selalunya?

Hi mummies. After buka buku pink, bila next appointment kita kena pergi KK lagi eh dan untuk apa? Saya baru nak pergi klinik isnin ni. Nak tau biasanya bila akan kena datang lagi supaya boleh suggest tarikh sesuai pada nurse 😊

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

klo xde ap ap masalah sebulan sekali je. next appointment biasa nya hanya nak cek hb dan urin (kotor atau x) ... lpstu jumpa nurse, nurse akn terang or tnya beberapa perkara..so jawab je la.. atau pun masa jumpa nurse time tu kita tnya je apa apa yg musykil. sbgai cth normal ke eh kalau breast tetiba sakit..tu contoh klo kita tertnya tnya n xtau jawapan bole tnya nurse..

Baca lagi

depends on your nurse in charge. usually sebulan sekali. if you ada banyak masalah, ada kategori2 yang ditetapkan oleh kkm, contohnya ada asthma yang bergantung dengan ubat boleh jadi checkup 2minggu sekali. tapi semua kena tanya nurse. jangan segan tanya je apa apa yang kita nak tahu nanti :)

Tengok dapat pelekat warna apa tu nanti. Kalau putih, sebulan sekali. Sebab pelekat putih ni takde masalah apa sangat. Selain putih, ikut pada situasi. Macam saya hijau, ada 4 risiko & checkup 2 minggu sekali. Ada juga checkup dengan pakar 3 bulan sekali. Itu semua tengok pada risiko ibu tu sendiri.

VIP Member

Kalau takda masalah kesihatan masa pregnancy selalunya sekali sebulan, nurse yg in charge yg akan bagi tarikh next appointment.. Tapi kalau ada mslh kesihatan mcm sy anemia in pregnancy m, stiap dua minggu kena dtg appointment, sama juga nurse yg akan bgi tarikh 🙂

nnti nurse yg bgi tarikh. normally msuk new month pregnancy. try lh mntk date awk nk klau nurse bgi. tapi selalunya mmg x dpt haha sbb dorg pon ada jadual yg dorg kne follow. kalau date awk nk tu nurse available je mybe die bgi.

TapFluencer

Sebulan skali kalau masi awal pregnancy. Nurse yg akan bagi tarikh tu nnt. Mcm saya first appointment 3/4 bulan lalu, pastu nxt appointment pula 8/5 esok pula. Hehe

2y ago

Best nya korang sebulan sekali. Sy 2minggu sekali. 2minggu sekali dgn nurse, 2minggu dgn doc KK & doc pakar. 😌 sebab berisiko pernah miscarriage 4kali dulu. 🥺 terpaksa jumpa nurse & doc 2minggu sekali.

biasa sebulan sekali . kalau ada masalah baru 2 minggu sekali . kalau macam saya sebelum ni 17/4 masalah hb low dia bagi tarikh 9/5 .. esok lah hmmm

nurse akn bgi tarikh.. kalau takde tarikh kena tanye nurse takot nurse lupa nk letak tarikh.. mmg wajib ada next tarikh appointment tiap kali cek up

sebulan sekali,jika tiada masalah kesihatan. 36w baru 2 minggu sekali dan 38w seminggu sekali sampai bersalin

pergi checkup dlu nanti. lepas tu nurse akan bagi tarikh bila akan jumpa dan lain²..