Tidak buang air besar
Hi mommy2 sekalian ?.. saya ingin bertanya.. hari ini saya sudah masuk minggu ke 12 usia kandungan saya dan ini merupakan kandungan pertama saya.. alhamdulillah saya masih berpuasa seperti biasa dari hari pertama dan ketujuh hari ini.. setakat ni ada loya-loya sahaja, muntah pun tiada dan sakit perut pun tidak.. cuma sekarang ni saya ada masalah untuk buang air besar.. selama saya 7 hari berpuasa ni saya tidak pernah buang air besar.. saya tidak menahan dan malah tiada rasa nak membuang.. saya sangat risau.. musim-musim PKP ni susah untuk jumpa buah-buahan seperti betik dan pisang dan saya hanya makan buah semasa berbuka seperti tembikai dan epal sahaja.. semasa tempoh berbuka hingga sahur saya minum air sebanyak 5 hingga 6 gelas juga.. ibu saya suruh saya mencari ubat di farmasi untuk lawaskan pembuangan saya dan pastikan ubat itu elok untuk ibu2 mengandung.. apa yang perlu saya buat sekarang ye? saya risau ? (maaf kalau ayat saya berterabur).. selamat berpuasa dan berbuka semua.. terima kasih ?