Puting & buai

Hi mommy semua. Saya berpantang hari ke 22. Baby saya alhamdulilah bila siang dia elok je tdo. Tapi ada waktu bila mlm lps isyak kalau tak peluk dia tak tdo atau mcm mengamuk. Tp smlm bila lps isyak saya peluk dia dia tak ngamuk pun. Perlu ke sy bg dia puting ? Atau dia perlu buai? Mak n akak sy duk push2 suruh beli puting n buai tp sy tgok ank sy behave je. Dia nangis tu bkn tiap mlm. Ada 2 mlm je aritu lpstu dia ok da. Dia ngamuk salunya nk tido cuma mcm merajuk je. Sy agak stress sampai rasa nak balik rumah sendiri pantang sendiri. Kadang sy nangis lps baby cool down. Ayhnya da balik rumah sbb keje. Sy berpantang di kg. Sedihla klau bole sy tknk train ank sy puting or buai. Sy ada beli white noise alhamdulilah dia mcm relax sikit pakai bunyi jantung tu mcm dlm alam rahim. Cuma sy trauma bila ada masa dia nangis kuat yg tak henti n da try popok, tukar pampers, dukung , susu sume x jln. Tp benda ni certain masa je dia mcmtu. Sy mcm rasa dia merajuk klau sy tak peluk dia lama. Mcm tinggal dia baring lama2 tu. Sy stress kena api apikan guna cara dorang. Ke mommy semua rasa ok je puting n buai ni????

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pon baru belajar try n error utk baby Saya yg 24 Hari Ni. apa yg Saya buat setakat Ni going smooth kadang Ada masa baby ngada Nak ngempeng tapi tak lama Kira ok la. - offer susu semasa baby tengah mamai. jangan biar baby Nangis teruk baru Nak bagi susu. Ni menyebabkan baby merajuk pastu dia overtired pastu Nak tenangkan dia kadang ambil masa berjam - waktu Siang baby suka tido. Jadi Saya kejut dia dalam sejam setengah atau sejam sekali utk bagi susu. Saya bagi susu FM Jadi tak perlu buat Banyak dalam 1 Oz je baby kenyang sebab baby tengah dalam keadaan mamai. dia akan tido Balik lepas setengah jam penyusuan. -setiap Kali Nak bagi susu check sekali pampers dia. tukar Dulu pamper. sapu balm atau krim atau minyak telon supaya baby tak kembung baru. sebelum bagi susu burp Kan baby ( tepuk belakang badan )dulu dalam 5 min kalau tak burp it's ok bagi baby sedap perut dulu. baru bagi susu. - bila Malam baru bagi susu yang lebih sikit kalau susu FM bagi je terus 2 0z to 3 Oz sebelum Kita Nak masuk tido ( mommy Nak berehat) so baby kenyang boleh mommy tido lama sikit. - selalu Malam baby rewel sikit sebab mungkin dia takut. Jadi lepas penyusuan (ikut keadaan baby masa tu kalau dia tertido letak je dia kat tempat tido dia Balik. tapi kalau dia tak tido offer Kan dia t*t*k Pula. selalu dia X lama pon sbb dia dah main2 je punting t*t*K tu. dia Kira Nak ngempeng ngan mommy je. Jadi baby akan tertido. biarkan je dia tido dengan mommy. yang Ni buat dalam keadaan baring. so Kita lebih relax dan boleh tido sekali.) kalau baby dah tertido lama boleh alihkan baby ke tempat tido dia selamat mencuba mommy

Baca lagi

I guess it’s really up to you puan. Anak puan, ikut cara puan nak besarkan mcmana.. kalau rasa perlu balik rumah pantang sendiri, make sure badan dah sihat k.. saya pun tgh berpantang anak ke 5, hari ke 28. Saya lebih tenang di rumah sendiri tanpa org lain termasuk lah mak atau mertua. Cuma saya dan anak2, husband skrg tgh outstation. Tp makanan dan kerja rumah semua dah disusun atur tanpa perlu saya terkejar sana sini. Masih dapat rehat, cuma buat kerja sikit2. Pengalaman saya dari 5 kali pantang ni, mmg pantang dkt rumah sendiri lebih selesa. Tak perlu hadap comments n judgement orang. My house my rule, my anak my rule, dan seboleh2nya saya jaga privacy saya. Tapi itu saya. Saya tiada di tempat puan. Terpulang pada puan.. bincang dengan suami ok? Semoga Allah mudahkan urusan puan. Oh, saya pun salah seorang mak yg x bg pacifier dan buai.. mmg penat sikit la tp takpe newborn phase ni kejap je. Esok2 tahu2 dah masuk uni. 😅

Baca lagi

pd sy ok je buai dan pacifier...as long as memudahkan kita. kita ni bukan 24/7 nk duduk dkt ank saja...house chores kena tgk..makan minum husband dan ank2 (klu ada toddler) kena tgk juga..so its up to u. sy working mum, jd hujung minggu lh sy nk kemas rumah, lipat baju, spend time dgn fmly. jd siang lps ank mndi, nyusu..bg tido dkt buai, dptlh kita buat house chores dgn tenang. plus dkt rumah pengasuh pn mmg ank berbuai juga. cuma nya ank sy berbuai wktu siang saja...malam tidur dkt bawah. alhamdulillah klu balik kg, pergi bcuti xpernah bawa buai...ank pn ok je tidur bawah mcm biasa.

Baca lagi

salam puan, seeloknya pacifier bg waktu utk tenangkan bayi sahaja. kalau bayi sentiasa tenang, tak digalakkan guna pacifier esp masa tidur. Buai pula terpulang pd puan, kalau rasa selamat boleh cuba, tp sy sendiri tak beli buai sbb husband yg bgn tidurkan semula bayi klu lepas menyusu dia susah nak tidur. Kdg2 bayi tidur atas badan husband, dan tidur dia lagi lena. Kalau lampin dah tukar, susu dah bagi, tp dia menangis mcm kena dera, mungkin kena check kalau badan dia masih ada angin lg. Bagi bayi, angin dalam perut ni rasa mcm tajam utk dia drpd apa yg sy baca

Baca lagi