folic acid

Mommy semua nak tanya kebaikan folic acid Sebab baru first time nak makan. Dr baru bekalkan. And boleh tak kalau nak sulam skli ngn vitamin C and obimin nak beli dkt farmasi nanti

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sila ambil perhatian! . Penting pengambilan asid folic *************************** Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? . Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama. . Apa itu ASID FOLIK? Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas. . Mengapa ia PENTING? ~ Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida) ~ Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). ~ Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah. ~ Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi: * Sumbing lelangit (cleft palate) * Kecacatan pada jantung (congenital heart disease) * Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) * Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system) . Sharing is caring ♡

Baca lagi
VIP Member

wajib makan. utk wanita yg ingin atau bersedia utk mengandung dh boleh start makan. xperlu tnggu mengandung. acid folid ni mmg penting utk pekembangan janin. makesure jgn skip mkn bila tau prgnent di awal2 khamilan. 😉

KK/doc bagi tu semua ada kebaikan awak dan baby. Tak payah pegi beli obimin and vitamin c kat farmasi. Dah cukup time nnt, dorg akan stopkan folic acid dan bg obimin. Dalam obimin tu dah ada semua.

1st trim mon folic acid shj dh cukup.. xperlu tambahan yg lain.. naik 2nd trim nnt, if doc bg obimin, mkn la obimin tu shj sbb dlm tu dh lgkap, xperlu tambah yg lain dh..

5y ago

Folic acid boleh dimakan sebelum & selepas mengandung.. dh bersalin pn boleh mkn, suami pun boleh mkn sbb dia vitamin @ supplement yg baik.. dlm sayuran pn ada tp folic acid sgt rapuh & senang hilang bila kita msak sayur tu..

Mummy makan folic acid, sudah cukup bagi first 3 month. Kalau nak tambah, boleh try minyak ikan, baik untuk baby dan mummy, lepas 3 bulan.

5y ago

👍Boleh try yg biji biji jugak, senang dimakan

Sis da bpe week?klo awal lg mcm 4-7 week better acid folid je,sbb bru lg..da 8 week bru mkn vitmin yg lain KK ksik

5y ago

Oo klo mcm tu bley je sis

Mcm sy awal2 mngdung mmg amalkan folic acid ja selepas 8w trus amek obimin 😉

VIP Member

Kk bekalkan dh ckup untk smua. Tkprlu tmbhkn y lain.

VIP Member

Makan folic acid sahaja dah cukup sis.

Boleh. Jgn makan sekali dgn kalsium saja. ☺

5y ago

Folic acid xblh mkn sekali dgn kalsium ke?