Susu tak cukup atau puting masalah?

Baby menyusu direct. Siang sejam sekali sy susukan, baby nyenyak siang hari. Tapi bila malam selepas menyusu baby akan lepaskan puting dan mamai. Tapi bila dia terjaga dari mamai atau bila sy mula nak letak ke bawah dia menangis2 mencari puting seolah2 belum menyusu. Dari sebelum tgh malam sampai subuh dia mcm tu. Tak boleh letak bawah lepas dia lepas kan puting sebab dia akan mencari semula dan menangis2. Siang dia tidur nyenyak pula. Nurse KK dan CL ada kata susu sy tak cukup sbb tu baby nangis lepas menyusu. Tapi kalau tak cukup, baby kencing ok, berak ok (mustard), payudara sy rasa berat kadangkala rasa bengkak susu (sy tuam dgn tungku). Tapi kalau cukup kenapa baby seolah2 tak puas dan mencari puting sepanjang malam? Adakah susu sy ada tp puting sy masalah? Sesiapa pernah ada masalah mcm ni tak?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya tak setuju dengan pendapat nurse dan CL awak. Mungkin mereka kurang cakna ilmu tidur baby. Baby awak perlukan bantuan untuk tidur. Saya setuju dengan pendapat mommy yang kata baby nak mengempeng. Mengempeng ni comfort zone untuk baby. Awak follow FB/IG babylanguage. Belajar dengan Puan Uswatun untuk ilmu tidur baby. Legi jelas untuk awak faham sebab dalam bentuk video dan infografik.

Baca lagi
1mo ago

💯 kencing berak okay, maksudnya susu cukup alhamdulillah sis TT jangan risau. most probably baby cuma nak comfort suckling.

bby nk ngempeng.