Keliru

Mommy.. Klu di beri pilihan.. Mommy pilih gov or privte utk bersalin

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Bersalin Full Paying Patient (FPP) YouTube tentang bersalin FPP 👇👇👇 https://youtu.be/syqnHF8HwXg Ramai yang tanya aku bersalin kat hospital kerajaan tapi bilik dapat satu. Macam mana boleh dapat first class. First, wad aku bukan first class tapi wad FPP so macam masuk private hospital laa. Proses FPP: 1) Booking bila dah pregnant 7 month, kalau nak lagi awal pun tak pe,ikut korang laa sebab duit korang. 2) Pilih Dr pakar yang korang nak, macam aku bersalin kat hospital sg buloh aku request Dr Yusrina. Masya Allah,memang baik. Boleh wassap dia lagi tanya macam macam. Aku request Dr bius semua nak perempuan. (Bajet bajet sangattt) 3)Sekali checkup, dalam RM130 (geleng kepala gak laa). Tak termasuk kalau kena buat CTG ke apa. Tak boleh guna GL,insurance. Segalanya adalah CASH. 4) Tak payah tunggu lama, orang pun tak ramai. Boleh lepak dalam bilik Dr lama lama. 5) Masa nak bersalin kena bayar deposit 3000. CASH juga. Kot kot la terbersalin di hening pagi macam aku. 6) Bersalin normal dalam RM1200, czer dalam RM3300. Ni tak tambah ubat ke apa ke tau. 7) Bilik luas,ada katil extra untuk suami bermalam. Bilik aircond. Toilet dalam bilik. Macam aku, tak ada waktu melawat. Family aku ikut suka nak datang waktu bila. -Macam aku,suami aku buat pay and claim. So, bil bil checkup dan kos bersalin ditanggung oleh company suami. Hospital yang ada FPP: 1)Hospital Selayang 2)Hospital Sg Buloh 3) Hospital Ampang 4) Hospital Putrajaya 5) Hodpital Sultan Ismail Johor Update 15/09/2019 6) Hospital Pulau Pinang 7)Hospital Sultan Aminah Sumber : https://mypf.my/2016/10/21/malaysian-hospitals-full-paying-patient-services-fpp/ Update 12/11/2019 7) Hospital Wanita dan Kanak Kanak Kuala Lumpur Bukan semua hospital yg buat FPP ada Dr perempuan. So,tanya tanya la dulu. Saya tambah info sbb ramai yg dm saya: Ramai yang tanya : Paling bagus nak booking bila? Booking awal tak ada masalah, cuma start je booking kena start checkup dgn Dr yg akan incharge. Better call dulu, tanya ada kekosongan. Sebab Dr ni diorg ada kuota diaorg. Apa beza first class dengan FPP? Gomen servant akan diberi keutamaan utk first class, mcm aku susah la nak dapat sbb suami isteri bukan gomen servant plus first class cepat penuh. Jadi ni la option aku. Tak ada beza pun cuma dari segi bayaran memang berbeza la. Kenapa FPP bukan private? Okay, aku ada hospital panel company suami. Tapi kandungan aku ada komplikasi. Atas nasihat nurse KK diaorg suggest kan goverment hospital sbb gugur sorang (pregnant twin) dan anak songsang plus terbelit tali pusat serta kurang air ketuban. (haaa, hambek kauu). Jadi alang alang company suami ada peruntukkan untuk isteri bersalin guna laa selagi boleh. 😂 Insurance cover tak? Aku ada insurance personal dan company suami. Dua dua TAK cover untuk bersalin. Nak apply insurnce boleh roger abang aku Daleel Idros - Prudential BSN Takaful Berhad. Trusted insurance agent 24hours working non stop. Beza wad biasa dengan FPP? Sedia maklum, suami boleh teman (paling utama laa). Aku pun pernah masuk wad biasa. Seronok sembang dengan org sebeah hokay. Tapi bila sakit,aku nak org ada sebelah aku. Takkan nak genggam tangan org sebelah. Kang terberanak sama sama plak. Procedures sama ke dengan wad biasa? Yup, sama. SOP still sama. Suami tak boleh teman sekali dlm LR kalau isteri czer. Normal je dibenarkan. Dr houseman still ada nak beramah mesra dengan korang. 😂. Tapi Dr houseman ni tak masuk masa bersalin.Cuma untuk FPP appointment selepas pukul 2ptg. Total kos : Disebabkan aku ni czer total kedebak gedubuk, TERMASUK checkup dengan pakar sebelum bersalin = RM4500. Checkup 8 kali = RM 1200 Kos bersalin Czer =RM3300 Total = RM 4500 Harap dapat menjawab pertanyaan tuan tuan dan puan puan. Akhir sekali, sy doakan siapa yang nak bersalin, yg nak ada anak yang nak tambah anak dimakbulkan Doa kalian oleh Tuhan. Dan saya doakan semua kaum Hawa sekalian diberikan kehormatan dan keselasaan semasa bersalin. Untuk pilihan lain selain FPP, boleh baca disini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2361840130767416&id=100008243556933 Sis rasa mcm retis sekejap plak sebab dari semalam org mesej. 😂😂😂 Copy & paste fb Huda Idros (posted on 2017)

Baca lagi

mana2 pun tak kisah tapi setengah private hospital, kalau ada komplikasi dorang akan transfer ke gov hospital jugak. jadi boleh survey dulu pakej private, lahir normal harga mampu milik,tiba kena emergency czer sedia duit banyak la. ada yg boleh cecah 10k. tapi klau dlm akaun bank berkepok-kepok takpa je 🤭🤭🤭

Baca lagi
VIP Member

Saya pilih govt and saya saving lebih sikit utk amek FPP sbb boleh pilih doctor and boleh pilih bilik single (if available). kalau book dr awal dan bnasib baik, boleh pilih doctor perempuan. Saya dulu bersalin kat Hosp Sg Buloh and servis mmg terbaik. Dr. Sai Sudha (perempuan) pun bagus sgt, sgt care dgn patients dia.

Baca lagi

Gov sebabnya lengkap peralatan.hukm semi gov tp x lengkap so IT baby premature HUKM x de bantuan pernafasan baik ke hospital lain.anak 1st ke private tp x memuaskn so ani sec sy nk ke Serdang kerana peralatan lengkap dan layanan bagus

mn2 pn bleh sis...mcm sy pilih gov hospital tp ambil pakej FPP kt hospital selayang...kalau tiba kne emergency czer, lg murah dr hospital swasta... doc pun kite boleh pilih utk bersalin...sy due bln 1/2021...

4y ago

Thank you ☺️

tgok kos sdh psti gov... kos yg sma brslin di private sy boleh guna utk kekahkn ank.. yg pnting duitnya je puan. klu private ni ape2 brlku hrga akn brtmbh..so stnby lbeh la mkna kta.

Kalau ada duit lebih & nak kn privacy pilih private, tp kalau nak jimat pilih la gov pun ok je doktor pun ramai if anything happen tak kena bayar lebih

Kalau nak lebih privasi, pilih private tapi kena prepare duit je la. Gov pun okay cuma lambat la nak dapat katil sbb wad selalu penuh.

Kalau dkt Sarawak offcoz Private hospital sis..kalau semenanjung hospital kerajaan dah tip top dah x plu ke Private🙋🏻‍♀️

goverment better rite now, since dr klinik kk smpai hospital. nurse n doctor baik sgt