Dilema Suri Rumah

Hi mommies, Saya cuma ingin meluah & mintak pendapat mommies semua dkt sini. Saya seorang suri rumah, ada bisnes kecil2 je, untung tu xbanyak tp alhamdulillah ada and ckup untuk buat rolling modal saja. husband ada jugak bagi nafkah ( sekadar yg mampu, alhamdulillah). cumanya, saya ada seorang kawan, kami kenal dari zaman Universiti lagi. Lepas habis belajar dia terus kahwin, dan mempunyai 3orang anak. yg kecik baru dlm 9@10 bulan. yg besar masih tadika. Pada mulanya dia jarang2 pinjam duit pd saya, tapi kebelakangan ni kerap sangat, hampir tiap2 bulan dia minta pinjam & dia ganti semula bila husbandnya gaji. dan dia bgthu mmg dia ada masalah kewangan drpd dlu. saya baru dpt tahu husbadnya ada meminjam dgn wang berlesen suatu ketika dahulu, tapi tidak pasti sudah selesai ataupun belum. ada duit lebih mmg saya bg pinjam walaupun jumlahnya tidaklah banyak. tp ada masa kita pun ckup2 makan saja. Betul kata dia, anak tu pembawa rezeki. Tapi, bila kite tak dberi rasa kasihan pd anak2nya, bila dberi, kita pulak xckup. Rasa serba salah pulak kdg2 nk reply mesej dia. Ada tak mommies menghadapi situasi mcm ni? apa yg mommies buat ya? #mohonbantujawabbunda #Needadvice #HOUSEWIFE

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sis 1 je nak ckp hidup ni jadi baik sgt pun susah jd jahat lagi susah saya tau sis tak sampai hati nak cakap je btw tu bukan kategori dilema pun kalau every month pinjam mmg payah la sis pun ada keluarga kwn tu ptt lebih fhm la ..ni da jdi macam rutin bulanan pula ..mmg la bayar balik kot la one day dia senyap je siapa nk tanggungjwb ..direct je ckp sis takpyh nk fkr sgt perasaan org ke apa ke utamakan perasaan sis.anak & suami jaga keluarga sendiri .dia kan ada suami so tanggungjwb suami dia bg cukup setiap bulan .lgpun pilihan dia bersuami llki seperti tu & ank yg ramai tu risiko dia tanggung ....jgn la baik sgt ! tolong la pecaya .. kwn ke @ sesiapa2 je perangai boleh berubah disbbkan DUIT!trust me

Baca lagi

saya dulu ada sorg kawan mcm ni . tiap2 bulan pinjam . buat rolling modal kepala kutu mybe . sbb dia dok open kutu bnyak group . tp satu hari tu saya rasa tak tahan dah . saya minta maaf dan saya ceritakan komitmen saya kat dia . saya senaraikan komitmen saya pada dia satu2 . last saya kata cara baik bukan taknak tolong . tapi saya pun cukup2 duit bayar hutang . mula2 tu lama2 jgk la lost contact . mybe dia delete no saya . tp lama2 dia sendiri mai cari saya balik . skrg Alhamdulillah tak pinjam dah . hati kena kental je sis . awak boleh bg alasan awak takda income . dah tak buat apa2 bisnes . harap gaji suami . dan bg alasan nak tnya suami atau suami tak bagi sebab duit bulan ni cukup2 je .

Baca lagi
3mo ago

maaf sis, sy elak banyak berhubung dgn kawan2 baik zaman sekolah atau belajar dlu salah satu sebab ni..sb taknk tau hal rumah tangga org lain, tak perlu tahu, tu aib suami dia, dia patut jaga, kalau ada tk puas hati bia tu antara dia da suami nya, jauhkan la dr tahu ttg hal rumah tangga org lain, kalau perlu jauhkan diri tak rugi apa2 sis, lg berdosa kita bila kita seolah galakkan sahabat bercerita hal aib

kalau sy kat tempat awak.. sbb kawan kan dan dia pinjam then ganti balik, lagi kalau kwn yg tepati janji.. sy akan bgtahu dulu situasi sy.. pastu sy ok je bg pinjam bila ada duit lebih walaupun pinjam tiap bulan asalkan mmg batar balik., andai takde lebih sy akan kata sorry takleh tolong. atau, pinjam utk 3 4 hari boleh pastu dia byr balik ontime please..

Baca lagi
3mo ago

ok la tu.. cuma puan bagitahu jgk situasi puan tu. pastu boleh bgtahu jgk dgn nada bersahaja, "kalau ada duit bayar cepat tau".. semoga akan dtg dia tak ambil ringan nk byr balik..

terangkan pada dia,bertapa struggle nya awak juga untuk membantu suami..sanggup buat business kecil² walaupun untungnya tak seberapa.. Cuba minta dia jana pendapatan sendiri juga..

3mo ago

cakap je balik.. kalau nak 1000 daya kita akan usaha,kalau tak nak memang 1000 dalih kita cipta.. avoid jela kawan macam tu..block terus.

utamakan diri dan keluarga sis dulu. tolak dgn cara baik. bab ni kena hati kering sbb bila kita susah atau tgh sesak, kita usaha sendiri tanpa meminta org luar.

3mo ago

sbb tu sy kata, nk bantu tu berpada. mmg hati kena keras bab ni. xperlu peduli tntg hidup dia..dia ada suami, pandai la suami dia cari duit. kita ni org luar. biar dia usaha sendiri, kwn bukan oku kan..suruh dia ikhtiar sendiri. sy pernah dlm situasi ni, suami la yg sllu baik hati walhal kami ank beranak mkn pun bercatu. at last sy juga yg bertegas mcmni.

TapFluencer

Ada. Saya tegas saya belum dapat bantu dia dan saya doakan Allah permudahkan urusannya.

Block je dia simple …. Dia bukannye mendatangkan Duit dekat kita ….

utamakan fmly sndiri dlu.. takyah pikir masalah orang lain