Ujian Keluarga Kecilku
Semalam duit kwsp rm81, beli pampers anak dgn brg2 basah sikit, tinggal rm18 utk duit minyak kereta husband. Dari smlm sy makan baki makanan anak. Husband tnya if sy dh mkn ke blom, sy just cakap dah sbb tak nak dia risau. Sbb pagi tu dia chat kat tmpt keje dia kata dia lapar nak makan nasi, tp dia ada duit rm5 je, last2 dia makan roti kosong je. Balik je dari keje, dia trus makan nasi. Pagi tadi sy awal bangun masak bekal utk dia. Pastu masak lunch utk baby, sy lunch kuih kosong, tepung kosong. Asalkan baby cukup makan, sy okay. 💪🏻. Sy suri rumah, saya ada buat bisnes online je, semoga ada rezeki saya. Kami mmg tak nak pinjam orang, sbb pernah minta tolong kat family, tapi pak mertua ckp kami ni memalukan. So, mmg kami tak pinjam org. ☺️ Seharian ni sy post2 barang rumah yg boleh dijual, semoga ada rezeki keluarga saya, doakan saya guys! Esok birthday suami, first time birthday dia tak ada celebration, so sy nak korang doakan semoga suami saya dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, semoga Allah bawa keluarga kecil saya keluar dari segala kesulitan. Aamiin. 🤲🏻 Saya tak meminta-minta duit ye, sajalah nak luah, sbb takda kawan yg blh dipercaya. So sy nk tumpang doa korang je. 😂. Diri ni tak kuat sebenarnya, tu yang luah, bagi ringan sikit beban di hati dan fikiran. 🥰 Minta tolong doakan ye! Manalah tahu doa korang makbul. 🥰 Terima kasih orang2 baik.