40 weeks
Hi mommies,I dah masuk 40 weeks 2 days.. any tips utk bersalin normal? Kena admit Jumaat ni..?

Sabarlah mommy, saya haritu 40 minggu 9hari baru baby nak keluar. Ikutkan kena induce 😢 tapi pagi tu rezeki saya tK kena induce sebab saya dah mula contraction. Time tu doc check bukaan dah 1cm. Pastu dia kata takboleh induce dah. Pastu dia masukkan satu belon dekat kemaluan saya. Benda tu diorang kata untuk bagi bukaan tu cepat bukak. Sakit masuk belon tu hanya tuhan je tahu 😭 drpd pukul 7pagi masuk belon. Pukul 12tngh malam baru belon tu jatuh sendiri. Check bukaan dah 3cm. Diorang terus tolak lr. Pastu katsitu nak tunggu bukaan sampai 10cm pulak. Pukul 6.30 pagi baru lah bukak 10cm. Teran punya teran pukul 7.30 baru keluar baby boy berat 2.83 😊. Tips nak senang beranak dan tak banyak koyak adalah banyakkan berjalan dan minum air masak yea sis. Bila kita berjalan ibarat otot kita dah berlatih. So nak meneran tu senang. Saya haritu wKtu sarat saya banyakkan berjalan walaupun tak lalu. Mmg banyak kebaikan dia. Alhamdulillah saya takda koyak dalam koyak punggung pun takde. Cumanya waktu teran jangan angkat punggung ye sis. Bahaya sngt ii. Mmg nampak biasa tapi lepas beranak nak membuang tu paling takut. Sebab kita akan sembelit. Takut jahit terbukak. Cuma share pengalaman. ✌️
Baca lagi
Preggers