5 Balas

Ni adalah apa yang akan terjadi kalau dh buka buku pink di KK Kerajaan dan tertakluk utk momies yang tak ada komplikasi • Check HB sebulan sekali • Check Berat setiap kali appointment • Appointment sebulan sekali lepas 36 Minggu appointment seminggu sekali • Jumpa doktor hanya pada waktu scan sahaja selebihnya appointment nurse • Check Jantung Baby setiap kali appointment selalunya selepas 12 minggu paling lambat lepas 20 minggu bergantung pada individu & check tinggi rahim sekali • Sepanjang pregnant akan ada sekali doktor gigi datang check gigi momies dan suggest utk buat treatment apa • Mula kira tendangan bayi dan kena remark dalam buku pink waktu kandungan 28 Minggu • Start makan ubat tambah darah lepas 12 Minggu (Dah boleh stop makan folic Acid) • Check urine setiap kali appointment • Timbang berat setiap kali appointment • Selepas 28 minggu nurse akan start ajar cara nak menyusukan baby Scan • Scan untuk momies yang tak ada komplikasi adalah 5 atau 6 kali scan je • Kalau momies ada komplikasi akan lebih banyak scan • Kalau rasa nak scan di swasta sebulan sekali no prob 1. Comfirmation Scan (Waktu Datang Buka Buku Pink ni depend ada yang dorang tak scan) 2. 10 Minggu 3. 12 Minggu (Comfirm Due Date) 4. 20 Minggu 5. 28 Minggu 6. 36 Minggu Minum Air Gula • Kalau mak atau ayah momies ada sejarah penyakit kencing manis akan minum air gula 2 kali kalau tak ada sejarah penyakit kencing manis akan minum sekali je waktu 28minggu 1. 14 Minggu 2. 28 Minggu HIV Test 1. Waktu buka buku pink buat sekali dengan husb 2. Waktu pregnant 28 Minggu waktu ni amik HIV test untuk momies sahaja Ni je yang saya ingat harap ii sedikit sebanyak dapat bantu momies

Welcome no prob kdg ii apa yg kita lalui tak sama dgn org lain mungkin kawan awak high risk mom jd kena ulang alik hosp kalau awak normal takda masalah semua urusan di kk je paling ii pn check sebulan sekali😊

lps buka buku pink slalu nye kne amek darah, urine, timbg berat & check bp... klu scan tu depend on trikh yg Dr bg.. bkn sume temujanji kne wat scan..

VIP Member

after buka buku pink... nnt doctor tu akan bagitau apa perlu lakukan❤️ tahniah sis😍.. happy preggy mom❤️

Kalo steps after bukak buku pink tu kena follow date next checkup yg nurse bagi.. dan minum air gula nanti😄😄

follow je date yg nurse bagi setiap kali check up

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan