Hari ke - 15 bayi baru 15 hari

Hi mommies, sy just wondering how ur pantang journey sbb sy tgh burn out dgn bengkak dkt tempat jahitan, mungkin sbb byk gerak dlm rumah semua buat sendiri. Sy pantang sendiri, CL dtg 14 hari utk urut .. sekali dtg 2 jam. Husband kerja malam baru balik, awal seminggu tu mmg dia ada tp time tu baby senang je tak meragam apa pun. Baby sy girl , sy tgk pattern dia pukul 1-6 pagi mmg tak tidur lama. Less than every 20 mins dia akn berbunyi sampai sy taktau nk buat apa dah. Selalunya 3 benda je : - Pampers penuh - Lapar susu - Nak sendawa badan dia rasa tak sedap Cuma bila tiga2 dh settle kadang pelik dia nangis lg. Sy luah dkt sini ye sbb sy rasa mcm tak kuat sorg2. Husband pulak jenis tak pandai handle baby. So makin buat sy stress sbb sy kalau blh nk ada masa utk sy sembuh dulu. Sy harap dia dpt fully jaga baby utk beberapa hari but end up dia serah dkt saya jgk sbb tak reti. Tulis ni pun menangis. Harap mommies2 blh bg cadangan apa yg patut ya. Sy tgh cari solusi. Kelas baby language pun dh tgk byk kali. Dah buat 5S. #seriusnanya #bantusharing #firstmom

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Bila baby sis berjaga tu check sekali kembung atau sis boleh borak dgn dia . Kadang faktor minyak telon kalau ada guna . Saya banyak kali tukar dlm masa 2 minggu pantang , sekarang pakai bau&co , dah tak kembung . Atau sis angkat baby bagi tidur di riba atau di dada mcm tummy time , tapi bila dah tidur angkat dgn segera . Kadang baby ada posisi dia untuk tidur juga sebab masih takboleh bezakan dunia luar dgn dlm rahim . Kadang baby takmau tidur dlm gelap atau cerah , nak tidur diruang tamu atau bilik . Kena try dan error . Pasang zikir atau surah atau sambil sis pun zikir atau baca sekali . Bincang baik dengan suami , keadaan awak sekarang mcm mana , mental health awak penting ketika ni . Minta la dia belajar basic untuk jaga anak , walaupun kekok awalnya . Baby pun nak perhatian both of her parents , bonding ketika baby masih kecik ni penting sebenarnya , bantu perkembangan baby kita . Untuk beza antara mak atau ayah , baby dgr ckp siapa kalau dalam bab nasihat atau pesan jadi anak baik tak meragam menangis . (Saya share berdasarkan pengalaman sebab saya pun firstmom) Harap membantu .

Baca lagi
TapFluencer

Hi mommy. Elakkan angkat benda berat. Takut luka makin worst dan lambat elok. Saya pernah terlasak masa pantang. Senang kena demam. Newborn memang senang terjaga nak susu tapi bila bagi susu sekejap je dah tertidur (kalau anak saya). Kena communicate dengan suami minta mandikan anak dan bagi masa mommy tidur sebentar bila anak nak main or belum nak tidur. Anak first bagi saya memang senang kena burn out. Moga dipermudah urusan ya mom

Baca lagi

tgok juga perutnya mebi kembung.. lg satu newborn 0 - 3 bulan mmang masih terbawa kehidupan alam rahim jd dia x dpat bezakan siang & mlm.. mmang bila dh ada anak kita x kan dpat tido yg cukup untuk beberp tahun.. its normal bby sllu terkejut.. tgok juga cara penyusuan dia mebi dia x ckup susu atau sbaliknya.. selalu amalkan buka zikir & ayat al quran & ayat² ruqyah pun blh..

Baca lagi

Sis untuk luka jahitan tu boleh minta tolong suami belikan ubat kat farmasi. Solcoseryl gel atau duoderm gel. Saya guna duoderm alhamdulillah dalam seminggu dah okay. Faham sangat rasa macam mana luka jahitan sakit. Nak handle baby pun susah sebab kita nak duduk pun tak selesa kan. Semoga sis cepat sembuh dan dipermudahkan urusan menjaga baby! ❤️

Baca lagi

Baby tidur malam bedung kemas2 Baby akan tidur lena rasa selesa mcm kena peluk takde dah nk gerak2 jaga