Gender Baby Asyik Berubah
Hi mommies. Just sharing pengalaman saya as a first mom. Saya dah nak masuk 7 months, since 19 weeks saya dah pergi buat gender scan 5 kali di tempat berbeza and results pun berbeza. Saya scan dengan OBGYN saya di Avisena masa 19 weeks, dia kata girl. Lepas tu saya buat detail scan di clinic luar (Klinik Dr Alyna Wangsa Maju), ada dua sonographer yang scan saya time tu, but both of them ada pendapat masing-masing. Sorang cakap girl, sorang cakap boy. In the end, diorang sepakat letak boy dalam report detail scan saya. Lepas tu saya scan sekali lagi dengan OBGYN saya di Avisena for monthly checkup, dia kata baby kepit pulak. So tak nampak boy or girl. Lepas tu saya pergi ke SONOVISION Sentul untuk gender scan sekali lagi sebab saya nak buat Gender Reveal. Masa di SonoVision tu, sonographer kata boy pulak. Terang nampak bebird dia. Saya and husband pun proceed lah buat Gender Reveal. Lepas Gender Reveal tu, saya ada appointment sekali lagi dengan OBGYN saya di Avisena. Bila scan, dia cakap girl. Memang lama belek-belek, tak jumpa bebird. Yang jumpa burger je hehehe. Saya pun tanya lah doctor saya, kenapa scan last month nampak bebird? Dia kata kemungkinan tu tali pusat dia. Saya dengan husband pun gelak je la dengar doctor saya explain. Saya cerita dekat doctor saya yang kami berdua dah pilih nama baby, nama boy lah. Nasib barang baby belum ada beli colour ikut gender lagi. So far memang beli colour yang unisex. Ada tak mommies yang berpengalaman macam saya or any pengalaman lah yang nak share? Saya rasa lucu sangat pengalaman saya ni. Baby betul-betul nak surprise mommy and papa dia. Saya cakap dekat husband, kita tak payah lah pening hal gender ni. Nanti dah bersalin, kita sama-sama lah terkejut hahahah. Janji baby kita sihat je. #firsttimemom #firstbaby #firstpreganancy #genderbaby #pengalamanpertama #firstexperience #ivfwarrior #ivfbaby #genderreveal #27weeks #28weeks #3rdtrimester
IVF Warrior #firstmom #ttc8years