36w Sembelit

Hi mommies semua. Sekarang saya 35w 5d. Lately ni memang masuk sembelit yang sampai rasa nak menangis. Dia sakit perut tapi tak boleh nak keluar. Dah lah teran pun macam nak beranak. 🥲🥲 Lepastu nak duduk pun sakit. Sebab terasa macam bawah saya punya private part tu terasa macam kembang. (Bahagian bibir dia tu). Ada tak mommies yang lain ada masalah sama?

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

kena banyakkan minum air putih, makan buah tinggi serat (pisang/betik/buah naga), makan yoghurt & sayur hijau sis. Insha’Allah senang membuang. dah hujung2 ni mmg akan rasa kembang tu, normal. sis jgn teran sgt nk berak tau, takut buasir pulak nanti.

2y ago

Normal ye kembang? Saya punya lah risau bila jadi gitu tiap kali sembelit. Thank you sis.