Struggle susu badan sikit

Hi Mommies! Sekadar perkongsian. Saya minta maaf kakau perkongsian ni agak panjang sebab saya dah tak ada tempat nak luah hihihi Saya dari pregnant memang dah niat nak fully bf. siap da beli breastmilk storage bermacam2 design, siap survey upright freezer lagi kononnya nak letak susu. Excited sangat hahaha! Tapi apakan daya, rezeki kita lain2 kan. Saya tak ada rezeki nk fully bf baby. Susu badan saya sikit sangat sangat dan cair. Macam macam cara saya dah cuba, amalkan konsep demand&supply, makan sayur2, amalkan petua2, pegi berurut berkali kali& mcm2 lagi lah. Sampai saya dah rasa putus asa. Tak berguna, kesian kat anak, ibu dia tak mampu bagi dia susu badan secukupnya. disebabkan dia asik menangis pagi petang siang malam, saya risau dia kena sawan, jadi saya bagi susu formula. Tapi bila family in law tahu, habis saya kena marah, dibandingkan dengan sepupu belah suami saya (baru bersalin jgk, tpi rezeki dia susu bnyk). Saya jadi stress kdg menangis sndiri sbb rasa diri tak berguna sgt. Diorang hentan saya salahkan saya sbb susu badan takda, walham macam2 cara saya usaha. ada tahap sampai saya taknak pegang anak saya, saya jadi stress.. nasib baik pntg uma mak. alhamdulillah skrg saya da cuba kawal diri saya, cuba tak peduli apa diorg ckp, terima kasih kat kawan2 & mak jugak sbb sntiasa sedapkn hati saya dan bgi semangat kat saya.. jadi dari perkongsian saya ni, saya nak minta tolong kpd ibu2 yg rezeki susu bnyk tu, jgn la korg kecam/salahkan family ke kwn korg ke klw dorang terpaksa bahi anak susu formula. percayalah semua ibu mesti nk yg terbaik & tak ada org lain yg sayangkan anak lebih dri ibu bapak dia sndiri. klw tk mampu tolong, diam saja pun dah cukup. korang tak tahu, apa kesan kata2 korang tu terhadap si ibu. tak rasa bersalah ke kalau sampai si ibh tu buat bukan2 disebabkan kata2 korg tu.. dan untuk ibu2 yg hdp situasi mcm saya.. harap bersabar & kuatkan hati untuk anak. pedulikan apa mulut2 jahat cakap. percayalah mesti ada yg rasa & faham situasi & hati korang. Saya pun tengah berusaha untuk kuatkan hati menghadap dugaan ni. Semoga kita semua dapat jadi ibu yang terbaik! amin! Terima kasih baca! Muahh!! hihihi#firstbaby #firstmom

3 Balas

sy pun macam awak jugak. masa awal awal bersalin tu dah bengkak susu, bidan urut pun dia picit puting takde keluar susu, bidan cakap sy takde susu badan, pastu makcik pulak cakap puting tenggelam susah bagi susu, ipar pulak down kan sy cakap kenapa tak bf anak padahal suri rumah je. macam macam sy cuba, sy makan, susu tak banyak jugak. padahal sy ni sebelum bersalin, dah beli macam macam barang untuk bf, nursing pillow, nipple shield, nipple cream, massager semua la, cakap je apa untuk bf, semua sy beli. dah lah masa awal bersalin tu tak reti pegang baby lagi, jadi nak belajar susukan baby tu memang kekok sangat. bila kita sua breast kat anak, anak mengamuk sebab cara pegang mungkin tak selesa untuk dia, makcik pulak nampak anak nangis, terus dia suruh bagi susu botol je. sy stress masa pantang haritu sebab takde siapa nak ajar sy, sy harapkan tiktok ig jela untuk sy belajar. tapi faham tak bila kita belajar online dengan belajar face to face, belajar online memang susah nak faham lagi lagi first time mommy ni, nak upah LC takde duit pulak. memang struggle sangat sampai kadang suami tolong pam masa tu sebab sy dah nangis nangis sebab penat pam tapi susu tak banyak. orang lain asek cakap sy takde puting, pastu cakap breast besar tapi susu takde. stress mental sy dibuatnya, sebab sy tau tu semua takde effect pun untuk susukan anak. lagi 1, anak buah suami bersalin sebulan sebelum saya, luar nikah, rezeki dia, boleh susukan anak sampai anak dah nak 4 bulan ni. padahal dia cakap dia tak tau dia pregnant, tau tau je dah nak bersalin. masa tu sy cakap kat diri sy, dia ni taktau pregnant takde persediaan langsung tapi boleh susukan anak, so sy pun boleh la macam tu, tapi takde rezeki sy. kadang jeles tengok orang pam susu banyak, boleh susukan anak direct, takyah kisah pasal cuci botol, steril botol, takyah kisah pasal susu tak sesuai dengan anak. jeles sangat. rasa macam aku surirumah kot, patutnya boleh jela susukan anak, selak je baju sua breast. takde la kena bangun tengah malam bancuh susu, anak dah mengamuk. tapi sekarang sy cuba untuk adakan susu balik, tapi takde support 😭.

abg ipar sy bagitau husb, anak sy minum fm antibodi tak kuat, lambat nak membesar la apa la sebab tak minum susu ibu. geram sy tau sebab dia bagitau kat husb, husb bagitau sy. anak sy dah nak masuk 3 bulan ni, alhamdulillah tak pernah demam tak pernah ada sakit lagi, tapi anak dia yang susu badan, umur 2 bulan dah masuk hospital tapi tu la dia tak nampak, kita malas la nak cakap. mana ada mak ayah yang nak abaikan anak sendiri, sah sah la mak ayah akan cuba yang terbaik untuk anak kan. walaupun sy bagi anak susu fm, tapi bab cuci botol steril botol memang sy jaga betul betul. sy tak bagi orang lain selain sy atau husb, untuk cuci botol anak.

sye mcm awk masa mula2 bersalin. sampai mak bidan sye kate susu awk x byk nii, die dh habis urutkan lancar susu dahh. tapi time tu mmg tiap kali pump dpt 2 ke 3oz je utk both breast. pump 2jam sekali tapi susu tetap x byk. baca dkt google mcm2, suruh mkn kurma, minum horlicks, mkn sawi, sampai pucuk bebuas pon telan jugak sbb nak bagi byk susu kan. lps tu ade satu harii, sye try mkn nasi byk menggunung, ckup protein sayur apa semua. lps mkn susu keluar sendiri by itself. terus pegi pump, masa tu mmg susu byk, dpt dlm 6oz sekali pump. sejak dari tu mmg sye mkn nasi byk. minum air byk. xde amek milk booster ke ape ke. tiap kali pump dpt 9oz. tu belum lagi yg keluar sendiri dlm milk collector. biar la org nak kata nanti mkn byk dlm pantang jadi boyak ke ape gemuk ke ape ke yg penting anak ckup susu. esok anak dah stop susu bdn diet la balik, tu pon kalau x de penghuni kedua kt dlm ni la 😂 tapi sye x penah nak kecam sapa yg bagi anak susu fm. tu hak memasing la nak bagi susu fm ke susu lembu ke kambing ke ape ke. janji ank kenyang, x meragam, happy. mommy pon happy. jgn stress2.

normal je wak susu bdn ni naik turun. cube awk beli epsom salt. buat rendam breast. kekdg bukan xde susu tapi ade saluran yg tersumbat sbb tu susu x keluar. yg penting tiap kali pump mesti ckp 'insyaallah susu ni ckup utk anak kenyang'. kalau x kenyang jugak, topup je fm. x salah pon janji anak kenyang ibu pon happy.

setuju tu puan.. jgn la ada antara kte, kecam ibu2 bru lepas bersalin ni.. xkisah la apa jua kecaman..kecam x bole bf la.. kecam x de susu la.. kecam baby nangis kte x pndi pujuk la.. give her time advice her dont give her up kdg2 makcik2 la especialy. suka mengecam. xde susu kecam. bile ada susu. kata susu x ckup. susu ckup je.. tp anak ssh tido.. eii susu cair plak. padahal berat bdk bertambah mcm bese.. terlebih berat pon ya. klu bole kluar dr toxicity tu..kluar la.. xperlu pntg kt kg.. smbg pntang kt rmh sndiri.. sbb masa berdua dgn anak kdg2 mmbntu. disebabkan sy terpengaruh dgn org tua ckp susu cair.. sy minum supplement meriahkan susu.. akibatnya dpt bengkak susu.. demam terus.. itu tndanya susu kte normal tp pg tmbh supplement.. x ikot demand baby dont worry puan. xsalah bg fm.. x dosa pon.. puan da cuba mcm2 ikhtiar.. stiap ibu dan bby design lain2.. x sama.. jgn pkul rata.. abaikan makcik bwg yg toxic. pcaya la sapa yg mengecam ibu2 yg lps bersalin ni Allah balas immediately.. ive seen it..

Alhamdulillah.. bagus awak mentaliti macamni.. Terima kasih awak memahami ❤️

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan