BANTU SAYA, SAYA DOWN

hi mommies. saya sekarang tgh pregnant anak luar nikah. saya tak jangka langsung and bila first time scan saya sangat sangattlah terkejut. bf saya mmg nak sangat anak ni, dia kata dia sayang, dia nak jaga. ada sebab kenapa Allah nak dia lahir. cuma sekarang ni, family saya dgn family dia tgh bermasalah. belum berbesan pun dah bermasalah. dan family saya pun selagi boleh taknak berbesan dgn family dia. option 1 lagi, saya ingat nak bagi org yg selayaknya jaga baby ni. kesian dia lahir dalam keadaan kami yg tgh ada masalah besar ni. boleh bagi pendapat/nasihat? cuma saya mintak jangan yg judgemental je comment 🙏🏻

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi sis, jangan ambil peduli sgt pasal family . ye mmg kita perlukan berkat dan doa dari keluarga, tapi mcm mana dgn anak. BF awak pun dh setuju nak jaga baby tu, dh bersykur . Sama mcm saya juga dlu. Saya tak ambil peduli pandangan orang lain sebab mereka tak sehidup semati dengan awak. Itu membuatkan awak stress nanti. Baik awak pandang depan, sambil pegang perut dan pimpin tangan BF awak . Anak tu perlukan awak sis. Awak sahaja yang layak jadi ibu kepada baby tu. Berdoa semoga satu hari nanti, hati kedua2 family terbuka utk menerima keadaan. Buatlah yang terbaik utk baby dan kehidupan awak ye. kami ibu2 akan mendoakan awak . Awak mesti kuat tau. Ini dugaan yang harus ditempuhi. Saya dah lalui smua ni. Mesti berpegang pada pendirian awak okay. Diri awak menentukan smua ini ya. Goodluck sissss

Baca lagi
3y ago

Allahuakbar.. bestnya 😭❤️ so sekarang anak sulung sis tu dah 8 tahun ye? kuatnyaa sis tempuh dugaan. saya ni sekarang sebenarnya dari segi kewangan sangat sangatlah tak stabil sis, menung saya fikir nak jaga dan besarkan baby ni. saya kerja pun takde sis. saya cuma nak yg terbaik je utk dia. masalah sedia ada mmg tgh banyak, saya tak anggap kehadiran baby ni 1 masalah cuma saya mmg rasa dalam keadaan sekarang ni saya tak mampu nak jaga dia 😭 saya masih nangis tiap kali lepas solat mengharapkan ada jalan keluar drpd segala masalah ni dan diberikan petunjuk. hmm dkt asianparent ni tak boleh chat personal ke sis ye? teringin saya nak tanya banyak benda dgn sis 🥺