BANTU SAYA, SAYA DOWN

hi mommies. saya sekarang tgh pregnant anak luar nikah. saya tak jangka langsung and bila first time scan saya sangat sangattlah terkejut. bf saya mmg nak sangat anak ni, dia kata dia sayang, dia nak jaga. ada sebab kenapa Allah nak dia lahir. cuma sekarang ni, family saya dgn family dia tgh bermasalah. belum berbesan pun dah bermasalah. dan family saya pun selagi boleh taknak berbesan dgn family dia. option 1 lagi, saya ingat nak bagi org yg selayaknya jaga baby ni. kesian dia lahir dalam keadaan kami yg tgh ada masalah besar ni. boleh bagi pendapat/nasihat? cuma saya mintak jangan yg judgemental je comment 🙏🏻

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi sis, jangan ambil peduli sgt pasal family . ye mmg kita perlukan berkat dan doa dari keluarga, tapi mcm mana dgn anak. BF awak pun dh setuju nak jaga baby tu, dh bersykur . Sama mcm saya juga dlu. Saya tak ambil peduli pandangan orang lain sebab mereka tak sehidup semati dengan awak. Itu membuatkan awak stress nanti. Baik awak pandang depan, sambil pegang perut dan pimpin tangan BF awak . Anak tu perlukan awak sis. Awak sahaja yang layak jadi ibu kepada baby tu. Berdoa semoga satu hari nanti, hati kedua2 family terbuka utk menerima keadaan. Buatlah yang terbaik utk baby dan kehidupan awak ye. kami ibu2 akan mendoakan awak . Awak mesti kuat tau. Ini dugaan yang harus ditempuhi. Saya dah lalui smua ni. Mesti berpegang pada pendirian awak okay. Diri awak menentukan smua ini ya. Goodluck sissss

Baca lagi
2y ago

Allahuakbar.. bestnya 😭❤️ so sekarang anak sulung sis tu dah 8 tahun ye? kuatnyaa sis tempuh dugaan. saya ni sekarang sebenarnya dari segi kewangan sangat sangatlah tak stabil sis, menung saya fikir nak jaga dan besarkan baby ni. saya kerja pun takde sis. saya cuma nak yg terbaik je utk dia. masalah sedia ada mmg tgh banyak, saya tak anggap kehadiran baby ni 1 masalah cuma saya mmg rasa dalam keadaan sekarang ni saya tak mampu nak jaga dia 😭 saya masih nangis tiap kali lepas solat mengharapkan ada jalan keluar drpd segala masalah ni dan diberikan petunjuk. hmm dkt asianparent ni tak boleh chat personal ke sis ye? teringin saya nak tanya banyak benda dgn sis 🥺

ank luar nikah atau sah taraf tu ttap anak kamu. skrg mgkin kamu pkir nak bagi org lain tpi bila tiba saat kamu dgar suara bby buat kali pertama percaya la kamu takkan sggup berpisah dgnnya. selagi kamu rsa mampu nk jga bby ni nnti buang la niat nk bagi dekat org tu. harap sis kuat nk hadap semua dugaan . bljar dari kesilapan, jgn ulang kesilapan yg sama. truskan berdoa agar kedua2 kluarga akan berbaik. moga dipermudahkan segala mommy to be 🥰

Baca lagi
2y ago

betul tu bila bab dengar suara baby tu kita akan automatik jadi naluri ibu-ibu. sayang, sedih dan nak jaga baby tu.

kesian ye awak. semoga dipermudahkan segala urusan aamiin. kalau nak bagi orang boleh tapi lepas tu dah tak boleh nak ambik-ambik semula tau. tapi awak akan rase sedih dan sayang bila baby tu lahir dan keluar nanti. tapi nak buat macam mana family tak berapa nak ok terpaksa awak bagi orang lain jaga anak awak tu. yang penting bila dah bagi mintak keluarga angkat ye tu sentiasa contact dengan awak supaya tak terputus ikatan ibu dan anak. apa pon semoga dipermudahkan segala urusan.

Baca lagi
2y ago

aminn.. terima kasih sis 😭❤️ bukan saya taknak jaga tapi entahlah kalau saya tengok balik keadaan sekeliling yg mana skrg ni saya mmg tgh banyak masalah yg melibatkan sesetengah pihak, saya takut nanti org mencaci maki baby sama macam yg saya kena. saya nak yg terbaik utk dia 😭 saya macam nak bagi sedara jaga at least saya kenal dan tahu dgn siapa baby membesar tp will one day jadi masalah antara saya dgn sedara tu?? buntunya saya

allah hu akbar...moga allah mengampunkan dosa2 kita....kecian ank xde kasih syg ayh...berdoala moga dua2 keluarga dpt berbaik...klu da bf syg n bleh terima ank tu elokla teruskn utk bersama..klu bg pd org blum tentu org bleh jge ank kite...xrase ape2 ke nk bg ank yg kite kndung 9 bln pd org ln....saya doa moga sis dipermudhkn urusn n diberi jln yg terbaik dr allah...insyaallah...

Baca lagi
2y ago

hmm tipu lah kalau takde rasa sedih/sayang.. tapi saya nak yg terbaik utk dia. saya taknak dia lahir dkt dunia ni tapi hidup dia dari lahir dibenci org. cukup la org dah hina caci maki mak dia ni. kesian dia kalau dia kena benda yg sama 😭

1 je nasihat sy, jangan bagi kat org lain utk jaga. Lebih baik hadap skrg dr menyesal kemudian hari. Insha allah, jika niat baik utk jaga baby tu.. Allah akan permudahkan urusan sis.

2y ago

hmm sebab saya tak stabil dari segi kewangan sis. dgn keadaan adik adik yg still belajar. sekarang tgh struggle jugak utk selesaikan semua masalah yg sedia ada. ada yg melibatkan antara 2 family dan ada jugak yg melibatkan org luar. saya nak yg terbaik utk anak ni. hari2 saya doa semoga saya nampak jalan keluar dan jalan terbaik utk masalah ni 😔

Hi awak kalau awk nak bagi baby boleh tk cntct sye 01121216830 (jia). Kalau awk rse awk tk boleh nk jge awk boleh cntct je sye.

2y ago

Iye awk, awk knl sye ea ? 😅

TapFluencer

Awak kalau nak bagi boleh x contact no ni akk sye betul2 nak cari baby baru lahir dh 11 thn ttc .. 017 209 2665

2y ago

akak sis duduk mana yee?

VIP Member

Do it for yourself not for others. Jaga diri awak. Saya doakan semoga urusan awak dipermudahkan yaa. Amin

2y ago

terima kasih sis.. doakan semuanya dipermudahkan yaaa 🥺❤️