Mitos atau memang ada yang buat?

Hi mommies. Saya Saje nak share sebab asyik terfikir lepas sembang dgn kawan baik pasal nak bersalin nanti ni. Saje la tanya dia tips nak bagi mudah bersalin. Dalam banyak2 tips dia, dia bgtau suruh sapu minyak kelapa dara dekat vigina / laluan tu nanti.. Terkejut saya sebab ni la pertama kali saya dengar tips mcm tu. Biasa sy baca, suruh makan/minum minyak kelapa dara tu. Tak tahu pula saya boleh sapu di laluan nk bersalin. Soalan saya pada dia, tak ada jangkitan kuman ke buat mcm tu.? Yela. Minyak kan. Dan vigina kita ni bukan boleh suka2 hati nak letak benda lain. Kacau pH nanti. Dia jawab, boleh. Basuh je tangan bersih2. Dan kalau nak kira kuman, time bersama dgn husband pun boleh kena jangkitan kuman tu. Saya mcm terus speechless dgn jwpn dia..😅 Mommies pernah ke dengar tips mcm tu? Ada ke fakta yg betul mengenainya atau ujian perubatan ke. Kadang2 sy takut dan confused dgn tips yang org sekeliling bagi. End up saya jadi mcm malas nak dgr dh.. Saya cuma sediakan mental n fizikal saya dgn tips yang btl2 diyakini je.. #firstbaby #Perkongsian #sembangsembang

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pakar Perubatan keluarga pun ada sebut pasal perineal massage ni boleh diamalkan untuk bantu elak koyakan yg teruk semasa proses melahirkan. Search kat Tiktok byk video ada. Boleh je pakai minyak kelapa dara or any minyak yg boleh dimakan or ky jelly as long as bersih. Sis boleh search ya, byk doktor cerita pasal ni. and mengenai kulit terlalu lembut tu saya pernah tanya nurse labour room, dia depends on orang juga, ada yg mmg kulit jenis too soft and depends on skill Dr yg menjahit.

Baca lagi
7mo ago

I see.. Perineum massage ni sy tahu. Ada juga tips ni diberitahu dlm apps ni cuma tak tahu pula ada guna minyak etc.. Skrg sy dh tahulah. Tq sis :)

kalau saya pun saya tak buat kot sis sapu2 ni. fungsi nak sapu minyak tu sbg apa? pelincir ke? ank kita tak perlukan pelincir pun nak keluar dah mmg licin punya laluan dgn darah and air ketuban. kalau licin pun jalan tak terbuka tak guna. entah la tak nampak keperluan dia kat situ 😅😅😅

7mo ago

Setuju sis.. Ikut lah keselesaan masing2 ye dak. Hehee..

saya ada tengok dkt tiktok video psl perineal massage ni, kiranya utk elak koyak teruk dgn senang bukaan. Blh pkai myk kelapa dara atau olive oil. Tp sy tak berani nk buat, sy ada baca komen ad org tu miss v dia susah nk jahit sbb lembut mcm tauhu hncur, seriau pulak🥴

7mo ago

Alamak yeke.. Seriau pula nih. Nway, tq sis 😘

saya ada tengok dekat tt doktor tu cakap tak perlu pun sapu2 urut2 kat bahagian tu , banyakkan bersenam je insyaallah dipermudahkan bersalin

7mo ago

Salah satu alternatif kot Sis. Xpe. Kite buat mana yang kite selesa je ye.. Lain2 kite doa n mohon pada Allah tuk mudahkan proses bersalin.. InsyaAllah Aamiin Aamiin yra ❤️

Tiada yg salah. Cuma mungkin awak tak tahu tentang urutan ni. Ini dipanggil sebagai urutan perenium- boleh google.

Post reply image
7mo ago

Ok sis. Tqq

Ada sapu tu, tapi medically susah nak jahit sbb kulit jadi lembut

7mo ago

elak koyak. ada yg consume xkena jahit