Paranoid nak bersalin
Hi semua. Sy just nak luahkan apa yg sy rasa baru2 ni. Lately ni sy asyik tgok pengalaman org bersalin dekat youtube. Tak pun baca blog2 pasal bersalin. Sebab nak cari ilmu bersalin. Zero knowledge sbb 1st mom kan. Semua info cari online je. Nak tanya family, pengalaman dorg tu dah tak relevan kalau ikutkan zaman skrg ni. Takdela semua tak relevan. Cuma info tu cm tak kena gaya dgn keadaan skrg ni. Satu lg sy ni anak pertama, cucu pertama, anak buah pertama, sepupu pertama yg kawin dulu dan alhamdulillah rezeki cepat dpt anak. Jadi sy takde org yg sama umur dgn saya yg ada pengalaman bersalin dalam tempoh 2-3 tahun ni. Terpaksa la cari info online. Tapi bila dah baca2 info tu. Sy jadi takut nak bersalin. Sy byk bayangkan benda yg tak elok. Kadang2 sy tiba2 menangis bile tengah baca pengalaman orang. Kadang2 apa yg sy baca tu terbawa ke dalam mimpi. Mimpi yg boleh buat sy menangis meraung masa tido. Ibarat pengalaman org yg sy baca tu sy sendiri rasa. Padahal belum pernah bersalin lagi. Lepas tu kalau tgok video kt tiktok pasal ibu baru bersalin then tunjuk gambar comel anak masing2 dkt hospital. Sy rasa sayu dan nak nangis. Sy terfikir adakah nanti sy akan rasa apa yg dorg rasa tu? Sihat kah anak sy nanti? Okay ke keadaan sy nanti? Banyak pemikiran tak elok yg muncul dalam otak sy ni. Sampai sy terpaksa uninstall tiktok tu utk tak nak tgok video2 baby. Sy ada luahkan apa yg sy rasa ni dkt suami. Suami sy takde condemn apa2 sebab dia tahu perangai sy yg terlalu paranoid pasal semua benda. Dia selalu tenangkan dan nasihatkan sy jgn layan sgt perasaan tu. Selalu peluk cium sy supaya sy tak terlalu fikirkan hal tak elok. Dia selalu cakap kat sy yg sy ni sorg isteri yg kuat dan InsyaAllah bersalin nanti pun sy akan kuat juga. Nanti anak dia yg keluar pun akan jadi anak yg kuat. Bila suami sy kata mcm tu, sy pun automatik rasa kuat. Tp kalau sy duduk sorg2. Takpun tgah buat keje kat ofis sorang2. Pemikiran tak elok tu tiba2 muncul balik kt otak sy ni. Rasa rimas sebab sy cuba nak jadi positif. Tapi benda negatif ni menguasai diri sy. Pastu rasa takut sgt nak bersalin bila baca pengalaman orang. Kadang2 marah kt diri sendiri. Takkan sbbkan pengalaman orang, aku tak nak bersalin? Takkan nak biarkan anak duduk dalam perut je? Takkan tak nak jumpa anak sendiri? Takkan tak nak cium anak sendiri yg gebu comel? So bila dah marah diri sendiri mcm tu, baru sy rasa kuat balik bila tgah sorang2. Korang rasa benda ni normal ke? Perasaan negatif muncul masa tengah mengandung? Ada ke cara utk elakkan diri dari berperasaan negatif?#seriusnanya #firstmom