Influenza A

Hi mommies, saya nak suarakan kekecewaan saya je terhadap segelintir anti vaksin dan parents yang refuse untuk dapatkan rawatan dihospital bila anak sakit tambahan lagi checkup untuk wabak influenza A yg sedang tular sekarang. Saya gesa ibu bapa yang anak-anak sakit demam tinggi atau batuk dan selesema berpanjangan sila dapatkan rawatan dan segera buat ujian untuk influenza. Kerana keenggenan setengah pihak dan jenis ibu bapa yang tak larang anak dekat dengan bayi, hari ni anak saya disahkan positive Influenza A. Bayi saya baru 3 bulan. Demam tinggi taknak menyusu sampai saya bengkak susu. Lemah tak happy baby mcm selalu. Saya dah gesa pihak tersebut awal lagi sejak anak dia kena demam tinggi dan hilang selera makan, saya maklumkan itu tanda2 influenza tapi saya pula yang dimarahi. Sekarang bayi saya yang 3 bulan dijangkiti dan kemungkinan saya dan suami sudah dijangkiti. Saya sedih sangat tengok anak lemah tak bermaya dan kami yang perlu dikuarantin. Sudah la ni anak pertama kami. To parents jangan la selfish, fikir la anak anda yang sakit dan anak orang lain yang mungkin akan dijangkiti. Sila peka pada tuntutan kesihatan komuniti. ?

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kesiannya sis. Mereka ni kekadang memang selfish tak fikir orang lain. Baby yg tak bersalah juga kene hmmm moga baby sis baik baik je. Susah ckp dgn orang yg bergurukan socmed ni.

5y ago

Marah je sis .. sbb manusia mcm ni Jenis pentingkan diri sendiri .. mcm jiran Saya anak dia dmm blh plk laki dia ckp baby dmm pandai baik sendiri. . tp bila part dia yg dmm pandai plk pegi klinik .. mmg sakit hati klo jumpa manusia yg mcm ni .. sbb dorg org lain jd mangsa

Aduhh kesiannya...sabar je la sis... mmg ada org yg jenis penting kan diri dia n family dia je... org lain dia tak peduli lgsg... huhuhu moga sis sekeluarga cepat sembuh ye

5y ago

Terima kasih ya!